khutBah 1 syaWal 1431H

•September 15, 2010 • 10 Komen

Khutbah Pertama

ألله أكبر, ألله أكبر, ألله أكبر ولله الحمد

Sidang muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Allah subhanahu wa ta’ala:

Saya menyeru diri saya dan sidang hadirin sekelian agar kita bersama-sama bertakwa kepada Allah subhanahu wa ta’ala dengan sebenar-benar takwa. Kita adalah makhluk Allah ta’ala dan Allah subhanahu wa ta’ala adalah Al-Khaliq(Pencipta) maka ketakwaan kita hanya untuk Allah subhanau wa ta’ala.

Mahu masuk ke syurga Allah subhanahu wa ta’ala bukan dengann amalan kita sebagai jaminannya tetapi dengan rahmat Allah ta’ala.

Tetapi untuk mendapatkan rahmat Allah ta’ala perlulah melakukan amalan-amalan kebaikan.

Tetapi sebaik-baik amalan adalah sepertimana yang disaranlan oleh baginda Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam adalah amalan yang sedikit tetapi istiqomah(berterusan).

Tetapi berbahagialah mereka yang mana hidupnya sentiasa diarahkan untuk mencari keredhaan Allah ta’ala dengan sentiasa melakukan amalan-amalan kebaikan pada setiap inci kehidupannya yang merangkumi hubungan manusia dengan Allah ta’ala, hubungan manusia dengan sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam.

Moga-moga dalam banyak-banyak amalan kebaikan yang kita lakukan akan menerbitkan rahmat-rahmat Allah subhanahu wa ta’ala ke atas kita dan memasukkan kita ke dalam syurga Allah subhanahu wa ta’ala.

ألله أكبر, ألله أكبر, ألله أكبر ولله الحمد

Sidang muslimin dan muslimat yang dimuliakan oleh Allah subhanahu wa ta’ala:

Ramadhan telah berlalu dan hari ini merupakan 1 Syawal 1431H yang mana Allah subhanahu wa ta’ala anugerahkan buat hamba-hambaNya yang telah melalui tempoh puasa selama sebulan yang hanya dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam.

Apabila membicarakan tentang dikhususkan maka sudah tentu diri akan rasa sungguh istimewa dan bertuah. Umpama golongan VIP mempunyai kelebihan tertentu daripada orang biasa disebabkan kelebihan tersebut.

Sepatutnya begitulah kita sebagai umat Nabi Muhammad sallahu ‘alaihi wa sallam bergembira dengan kedatangan Ramdhan kerana ianya dikhusukan buat kita sebagai umat baginda sallahu ‘alaihi wa sallam.

1 Syawal hanya bermakna bagi mereka yang menghidupkan bulan Ramadhan. Pelik rasanya melihat mereka yang tidak menghidupkan Ramadhan tetapi bergembira di Hari Raya Aidilfitri tanpa tidak diketahui kenapa mereka menyambutnya.

Tentulah berbeza sama sekali perasaan mereka yang menghidupkan Ramadhan dengan yang tidak seumpama kegembiraan mereka yang berpuasa di bulan Ramdhan ketika waktu berbuka dengan mereka mereka yang tidak berpuasa di waktu berbuka kerana mereka hanya menumpang keseronokkan orang lain.

Pepatah Arab ada berbunyi:

من لا يذق لا يدري

‘Sesiapa yang tidak merasai tidak akan mengetahui’

ألله أكبر, ألله أكبر, ألله أكبر, ولله الحمد

Sidang muslimin dan muslimat yang dikasihi oleh Allah subhanahu wa ta’ala:

Gejala masalah sosial dewasa ini yang cukup meruncing dan merisaukan iaitu zina dan rogol baik daripada golongan muda hinggalah kepada golongan tua.

Jika 20tahun dahulu, perkataan seperti zina dan rogol malu untuk disebut di bibir kita. Tetapi kini ianya seperti sudah magli.

Pada pendapat saya, semuanya bermula daripada sekecil-kecil perbuatan yang dipandang remeh kerana merasakan tidak akan memberi apa-apa kesan seperti sentuhan dan gurau senda sesama yang bukan mahram antara lelaki dan perempuan.

Kalau dahulu kebiasaan yang kita dengar lelaki yang mengganggu perempuan tetapi kini perempuan pula sudah berani mengganngu lelaki tanpa segan silu.

Termasuklah yang muda atau tua dan yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin terutama pada hari ini Hari Raya Aidil Fitri.

Ya, perkara ini adalah kecil dan remeh pada pandangan sesetengah masyarakat tetapi ingatlah tidak akan ada perkara besar melainkan bermula daripada yang kecil.

Rasullah sallahu’alaihi wa sallam bersabda:

فإذا لم تستح فاصنع ما شئت

‘Maka apabila kamu sudah tiada rasa malu maka buatlah sesuka hati kamu’

Tanamkanlah dalam diri setiap ibu bapa akan sifat perasaan ingin tahu tentang perihal anak-anak kerana mereka adalah anugerah Allah ta’ala. Jika semasa mula-mula berkahwin kita inginkan anak-anak maka setelah dikurniakan maka didiklah anak-anak dengan cara hidup Islam kerana mereka adalah amanah dari Allah subahanahu wa ta’ala.

Anggota keluarga seperti abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik perlulah sentiasa mengambil berat antara satu sama lain dalam memastikan masing-masing berada di atas landasan Islam.

Antara hikmah saling nasihat-menasihati adalah dapat memperbaiki lagi diri yang menasihati dalam masa yang sama mengajak orang lain ke arah kebaikan. Maka itulah dikatakan ‘Rumahku Syurgaku’.

Dalam Islam, tiada istilah jangan jaga tepi  kain orang dalam menyeru kebaikan dan mengcegah kemungkaran. Bukan bermaksud membuka keaiban kejahatan yang tersembunyi tetapi hanya yang ternyata dihadapan mata.

Syeikh Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir sekarang ini ketika membahaskan sepotong ayat Al- Quran ketika pengajian kami bersama beliau di Masjid Al- Azhar iaitu:

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

وتعاونوا على البرّ والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان

‘Dan tolong-menolonglah kamu dalam(mengerjakan) kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran’

[Surah Al-Maedah: 2]

Kalimah  تعاونوا (tolong-menolong) melibatkan طرفان iaitu dua pihak. Satu pihak yang menyuruh ke arah kebaikan maka pihak yang  diseru berusaha untuk berubah dan melakukan kebaikan tersebut. Begitu juga satu pihak yang mencegah kemungkaran maka pihak yang dicegah tersebut berusaha dan bersegera meninggalkan perkara kejahatan.

Kita khuatir hari ini kita menyaksikan atau melihat di media massa dan media cetak anak  orang lain atau pasangan suami isteri lain yang terlibat dalam masalah gejala zina dan rogol ini.

Tetapi keesokkan harinya kita rebah menangis kerana salah seorang anggota keluarga kita pula yang terlibat dalam gejala sosial tersebut, na’uzubillahi min zalik.

Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) mencatatkan seramai 257 000 orang anak tanpa bapa didaftarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 dengan purata 84 orang sehari.

Memang benar sekali Allah subhanahu wa ta’ala bersifat Maha Pengampun atas segala dosa-dosa hamba-hambaNya yang memohon taubat. Tetapi ingatlah kematian datang tanpa diundang.

Para ulamak telah membahaskan di saat mereka yang melakukan maksiat tiada lagi iman mereka ketika itu. Tiada erti  sebuah penyesalan lagi yang mana pada saat itu malaikat maut datang mencabut nyawa akibat leka dengan noda maksiat dan sifat menangguhkan taubat.

Kembalilah kepada cara hidup Islam dan jauhkan diri daripada cara hidup Yahudi dan Nasrani(Kristian).

Hadis Rasullah sallahu ‘alaihi wa sallam:

‘Daripada Abu Sa’id Al- Khudri radhiaAllahu ‘anhu berkata: “Bahawasanya Rasullah sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda”: ” Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang dhob(spesis biawak) pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya: “Ya Rasullah! Apakah(umat-umat terdahulu) Yahudi dan Nasrani(Kristian) yang kamu maksudkan?” Baginda menjawab: ” Siapa lagi kalau bukan mereka?”

ألله أكبر, ألله أكبر, ألله أكبر ولله الحمد

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

قد أفلح من تزكّى() وذكر اسم ربّه فصلّى() بل تؤثرون الحياة الدّنيا() والآخرة خير وأبقى

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri(dengan beriman) {14} Dan dia ingat nama Tuhannya lalu dia sembahyang{15} Tetapi kamu(orang-orang) kafir memilih kehidupan duniawi{16} Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal{17}

[Surah Al-‘Alaa: 14-17]

Khutbah Kedua

ألله أكبر, ألله أكبر, ألله أكبر ولله الحمد

Sidang muslimin dan muslimat yang dicintai oleh Allah subhanahu wa ta’ala:

Terdapat perbezaan antara sifat Allah ta’ala iaitu Ar-Rahman(Maha Pemurah) dan Ar-Rahim(Maha Penyayang).

Ar-Rahman iaitu Pemurahnya Allah subhanahu wa ta’ala buat semua hamba-hambaNya tidak kira muslim atau kafir. Sebagai contoh, sunnahtullah menjanjikan sesiapa yang berusaha pasti akan diberikan kejayaan.

Ar-Rahim iaitu Penyayangnya Allah subhanahu wa ta’ala hanya khusus buat hamba-hambaNya yang mati dalam Islam akan tetap masuk ke syurga kelak setelah selesai pembalasan di neraka bagi yang masuk ke neraka kerana perbuatan dosa yang dilakukan semasa di dunia.

Kasihnya Allah subhanahu wa ta’ala kepada hamba-hambaNya maka disunatkan kita pada Hari Raya Aidil Fitri untuk menjamah makanan terlebih dahulu sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri untuk meraikan sistem badan yang telah menjalani rutin bersahur selama sebulan.

Itulah di antara sekian banyak hikmah dalam menunaikan ketaatan kepada  Allah subahahu wa ta’ala.

Dikesempatan ini marilah kita sama-sama memohon maaf dan saling memaafkan antara satu sama lain atas segala salah silap samada kecil atau besar.

Moga-moga perubahan yang kita lakukan samada kecil atau besar sepanjang Ramadhan kita kekalkan dan tingkatkan sedikit demi sedikit hingga ajal datang menjemput.

Tidak semua orang yang bergelar Muslim itu adalah Mukmin(orang beriman) tetapi setiap orang Mukmin itu adalah Muslim. Beruntunglah mereka yang Muslim berusaha sehingga menjadi Mukmin.

Firman Allahu subhanahu wa ta’ala:

ومن أعرض عن ذكرى فإنّ له معيشة ضنكا ونحشره يوم القيامة أعمى() قال ربّ لم حشرتني أعمى وقد كنت بصيرا() قال كذالك أتتك ءاياتنا فنسيتها وكذالك اليوم تنسى

‘Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta{124} Berkatalah ia: “Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?”{125} Allah berfirman: “Demikianlah telah datang kepadamu ayat-ayat Kami maka kamu melupakannya dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan”{126}

[Surah Toha: 124-126]

~

Monolog 1: Ini adalah teks khutbah yang saya karang untuk saya menjadi khatib untuk khutbah Hari Raya Aidil Fitri 1431H.

Monolog 2: Gambar di bawah adalah menu terbaru hasil sentuhan saya sendiri buat bonda dan ayahanda sempena berbuka puasa di bulan Syawal 2 hari lepas.

Saya namakan Roti Shahey yang diperkayakan dengan ramuan roti dan ayam istimewa, keju, mayonis dan sos lada hitam.

Roti Shahey

Monolog 3: Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, taqaballahu minna wa minkum wa kullu ‘am wa antum bikhair buat semua sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog nurIslami.

Dari kiri: nurIslami(berbaju melayu merah), bonda, ayahanda, angah dan adik.

Hanya along dan keluarganya tiada dalam gambar kerana beraya di Perak.

Belakang dari kiri: Adik, saya(nurIslami), angah dan kak ngah. Depan dari kiri: Nuraishah Nabihah, bonda, Nurfatimah, ayahanda dan Ahmad Ammar.

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

berbaHagialah jiWa yaNg merDeka

•Ogos 31, 2010 • 3 Komen

أيها المشدود في تيه الأماني

خفّف الآهات دع عنك التّواني

Hai orang-orang yang terikat oleh angan-angan yang menyesatkan,

hentikanlah keluhan dan rintihanmu tinggalkanlah penangguhanmu

لا تبالي إن بغت كفّ الزمان

واعتصم بالله ذا أسمى

Janganlah engkau pedulikan jika arus zaman menimpakan musibah kepadamu

tetapi berpeganglah kepada agama Allah, inilah sikap yang lebih mulia dan lebih utama

أنت تدرى أيّها الحيران عنّا

كيف فوق الشّمس أزمانا حلّلنا

Engkau mengetahui, wahai orang yang hairan melihat sikap kami,

bagaimanakah jika kita tinggal dipermukaan matahari dalam masa yang lama?

أيّها المذهلون لا تيأس فإنّا

لبناء الأمة العصماء نعمل

Wahai orang yang kebingunan, janganlah kamu putus harapan maka sesungguhnya

kita diharuskan bekerja untuk membangun umat yang terpelihara

[Rujukan: Kitab  الرقائق (Pelembut Jiwa)]

Berbahagialah Jiwa Yang Merdeka

Berbahagialah jiwa yang merdeka.

Merdeka daripada penjajahan sang nafsu.

Sang nafsu yang meratah segenap pelusuk akal.

Akal yang dilemahkan kerana sentiasa mencari redha.

Mencari redha manusia melebihi sang Pencipta.

Sang Pencipta tidak menzalimi hambaNya.

HambaNya yang menzalimi diri sendiri.

Diri sendiri yang menurut nafsu.

Nafsu dikawal syaitan.

Syaitan ketawa kerana kebodohan.

Kebodohan terbit dari akal yang berhenti berfikir.

[Oleh: nurIslami]

~

Monolog: Ahmad Fateh di rumah!

Ahmad Fateh sedang demam ketika itu tapi tidak seperti orang demam.

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

analOgi kehiDupan dAn ulaNg taHun

•Julai 18, 2010 • 7 Komen

Analogi Kehidupan

Si anak nelayan memandang jauh ke arah hamparan lautan yang luas terbantang di hadapannya pada petang itu.

Memikirkan CABARAN yang bakal dihadapinya sebagai pewaris pekerjaan nelayan daripada ayahnya yang sudah tua.

KEMAHUAN si anak nelayan untuk mencari pendapatan buat keluarganya diselangi dengan EMOSI penuh kerisauan dan resah kerana tiada lagi ayahnya sebagai teman untuk mengharungi cabaran di laut.

Pada keesokkan harinya, persediaan peralatan sudah dilengkapkan. Buat pertama kali kakinya mencecah air laut sebagai seorang nelayan.

Doa dan tawakal menjadi teman akrab sebagai ROHANI kekuatan dalaman dan tempat bergantung harap.

Seperti yang diduga segala CABARAN datang bertamu sebagai penduga arus KEMAHUAN si anak nelayan tersebut. EMOSI si anak nelayan itu terganggu sama sekali.

Tetapi kekuatan ROHANI yang sentiasa menjadi perisai setia sentiasa menguasai KEMAHUAN dan EMOSI si anak nelayan dalam menghadapi segala macam CABARAN tersebut.

CABARAN yang dihadapinya hari demi hari dalam bentuk ombak kecil yang kadang-kadang menyebabkan mabuk laut atau ombak besar atau ribut yang bisa mengkaramkan bot kecilnya.

EMOSINYA sudah tidak memikirkan akan kerisauan tetapi berubah kepada bagaimana untuk mengatasi dan apa yang perlu dibuat apabila sesuatu jenis CABARAN menyinggahnya.

Segala CABARAN tersebut ditentang dengan sehabis kudrat yang dimilikinya kerana KEMAHUAN dan EMOSI telah diikat utuh dengan bergantungan kepada Allah subhanahu wa ta’ala yang telah menjana kekuatan ROHANI si anak nelayan tersebut.

Ulang Tahun Pertama

Dalam apa jua yang kita ceburi pasti akan ada risikonya tersendiri.

Dalam apa jua yang kita lakukan pasti akan ada cabarannya tersendiri.

Kecil atau besar setiap risiko atau cabaran yang dilalui bukan menjadi penandas aras kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha.

Persoalannya adakah dengan menyerah kalah sebelum atau semasa berhadapan dengan situasi tersebut adalah sebaik-baik jalan penyelesaian?

Jika jawapannya adalah ya maka tiada lagi bekalan hasil laut untuk penduduk dunia nikmati kerana tewas dan gagalnya kombinasi KEMAHUAN, EMOSI dan ROHANI dalam diri si anak nelayan pada CABARAN.

Jika jawapannya adalah ya maka tiada lagi bekalan hasil ilmu untuk penduduk dunia capai kerana tewas dan gagalnya kombinasi KEMAHUAN, EMOSI dan ROOHANI dalam diri si pendakwah pada CABARAN.

Hari ini 17 Julai 2010 bersamaan 6 Sya’ban 1431 merupakan tarikh Ulangtahun Pertama saya terlibat dalam dunia blogger ini untuk mencetuskan kemahuan diri dalam penulisan.

Moto Islam untuk ku dan untuk mu merupakan asas isi kandungan setiap artikel yang diterbitkan dalam nurIslami.

Doa daripada semua dipinta supaya segala isi-isi penulisan ini mempunyai manfaat buat penulis dan pembaca. Keredhaan Allah subhanahu wa ta’ala dipohon semtiasa.

ربّنا لا تزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة انّك الوهّاب

‘Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau gelincirkan hati-hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakanlah bagi kami rahmat daripadaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia’ 

~

Monolog 1: Analogi Kehidupan di atas adalah cebisan dari pengisian saya ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Wacana Ilmiah: Jom Ke Mesir! di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) pada 27 Jun 2010 yang lalu.

Terima kasih kepada kepada Kak Shida (sentuh untuk preview dan klik untuk ke web) yang merupakan orang kuat NISA’ yang telah menjemput saya ke majlis tersebut untuk bersama dengan pelajar-pelajar agama dan perubatan yang bakal belajar di bumi Mesir.

Monolog 2: Hari ini juga Hari Lahir buat Along tersayang.

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

baLik kamPung

•Jun 4, 2010 • 2 Komen

Sebentar lagi akan bertolak ke kampung di Kedah selama 11 hari kerana menghadiri dua majlis perkahwinan dua sepupu terdekat yang sebaya dengan saya.

Tubuh masih lagi belum biasa dengan cuaca di Malaysia. Panas yang luar biasa hingga saya menghabiskan air minuman di dalam peti ais.

Saya akan menyiapkan artikel di kampung nanti.

Perlu mencari kerja setelah pulang dari kampung. Ada sesiapa tahu kerja kosong untuk saya?

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

suDah samPai maSanya

•Mei 31, 2010 • 5 Komen

Sudah Sampai Masanya

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Lautan Pepasir.

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Sejuta Hikmah.

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Serambi Ilmu.

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Jaringan Auliyak .

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Manisan Kenangan.

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Lautan Keberkatan.

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Empat Musim.

Sudah sampai masanya diri ini untuk mengucapkan selamat tinggal buat bumi Kota Mutiara Kaherah.

[Oleh: nurIslami]

~

 Monolog: Sebentar lagi saya akan berangkat pulang meninggalkan bumi Mesir yang sentiasa mendapat tempat teristimewa di dalam hati.

Moga akan bersua kembali dengan bumi tercinta ini yang memiliki separuh jiwaku ini.

~

Azalee- Kaherah, Mesir.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

khaZanah kenaNgan ukhuWwah

•Mei 22, 2010 • 4 Komen

1

“Selamat Hari Lahir, Eid Milad Sa’id, Sanah Helwa. Moga dipermudahkan segala urusan, dikuatkan keazaman dalam perjuangan dan dipermudahkan urusan pernikahan”.

Ucapan Akhi Fauzan pada saya melalui Yahoo! Messenger pada 18 Mei yang lalu.

“(Urusan pernikahan??? Calonnya masih menjadi rahsia Allah ta’ala la ‘dik’.)”

Hati berbisik sambil bibir mengukirkan senyuman.

“Jazakallahu khairan jaza’.”

Tersipu-sipu saya membalas ucapan tersebut.

” ‘Waiyyak’. Tak nak sambut ke. Mai la rumah ni bawa kek, kitaorang masak.”

Akhi Fauzan meneruskan bicaranya.

“Umur berape korang ni nak makan kek lagi? Orang baru lahir mana ada duit.”

Saya membalas dengan nada gurauan.

Oleh kerana saya tidak berapa gemarkan makanan yang manis maka saya bersetuju untuk membiarkan saja mereka menempah sebiji kek mengikut kehendak citarasa mereka.

Inilah kek coklat yang ditempah di kedai arab oleh adik-adik junior KISAS saya. Sangat sedap.

Selepas usai solat Zohor pada 19 Mei 2010 bersamaan 5 Jamadil Thani 1431 saya bergegas ke Hussein untuk menghadiri majlis hari lahir yang disambut secara sederhana tetapi bermakna buat saya.

“Seseorang telah memberitahu saya bahawa apa yang dihidangkan itu bukanlah yang terpenting tetapi yang terpenting adalah bersama insan ketika bersama-sama menikmati hidangan tersebut.”

Saya memulakan sedikit ucapan setelah di’buli’ oleh adik Faiz.

Ada buah-buahan, air tembikai, ikan bakar dari kedai arab, pizza arab, ais krim, air asam dan nasi. Disediakan oleh mereka semua dan saya hanya datang makan.

Terima kasih buat adik-adik semua iaitu akhi Fauzan, akhi Fadeer, akhi Fahrul Razi, akhi Habib Mustaqim kerana menyediakan semua ini sebagai kenangan terakhir kita bersama sebelum saya berangkat pulang ke tanahair pada 31 Mei 2010.

Turut hadir pada majlis tersebut adik Faiz(panggilan Fateh), adik Nazrul, adik Hakimi dan adik Khairul Syazwan(pelajar perubatan) bagi sama-sama mengeratkan tautan ukhuwwah yang telah terjalin melalui jalinan bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS).

Manisnya Cinta:

Sepotong kek hari jadi,

Memesrai bibir seorang lelaki

Saat kekasih hati

Menghulur kedua jari

Ronamu persis seorang puteri

Pada potret hati

Akan ku bingkai

Manisnya cinta pada hari ini

& Selamat Hari lahir ke- 26 diucapkan kepada Abang Ahmad Azalee

~ Fadeer Bin Pauzi

Bait Impian,

Hussein, Kaherah.

bundar311.blogspot.com~

Setelah usai mengemas, kami bersiap sedia untuk menghadiri kelas mingguan pengajian talaqi bersama Mufti Mesir Syeikh Ali Jum’ah dan Syeikh Ahmad Al- Hajin.

2

Ini pula adalah makanan tradisional bagi rakyat Mesir yang dipanggil halawiyyat(manisan).

Di Mansurah Halawiyat berbentuk seperti kurma dipanngil 'Balah Asy- Syam', bentuk bola dipanggil 'Zalabia' dan bentuk seperti kek dipanggil 'Basbusah'.

Warga rakyat arab Mesir amat gemarkan manisan dan tidak kepada yang pedas. Amat sukar untuk mencari sos cili yang memenuhi citarasa Asia yang gemarkan pedas.

Terima kasih untuk Basbusah.

3

Malam tadi adalah malam terakhir saya mengajar kitab kuliah Usul Fiqh bagi pelajar-pelajar Tahun 3 Kuliah Syariah Islamiah untuk kelas tutorial.

Hampir sebulan saya bersama mereka sekali seminggu atau dua kali seminggu.

Tidak dijangka adalah setelah tamat kelas saya dikejutkan dengan ini:

Ini adalah 'ice cream cake' sempena sambutan Hari lahir dan tamat kelas.

Allahu Allah.

Sungguh!

Saya lebih suka menggunakan istilah perbincangan daripada mengajar kerana kita saling mengambil manfaat antara satu sama lain.

Rasullah sallahu’alaihi wa sallam beersabda:

“Wahai manusia! Berilah salam, hubungkanlah silaturrahim, berilah jamuan makan, solatlah pada malam hari ketika manusia sedang  tidur nescaya kamu masuk syurga dengan sejahtera”.

[Riwayat Tirmizi]

~

Monolog: Sedikit kelam-kabut minggu ini. Banyak perkara yang mahu diselesaikan kerana hanya tinggal seminggu lagi untuk berada di bumi Mesir ini.

 ~

Ahmad Azalee- Kaherah, Mesir.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

seCara dAn puTaran

•Mei 18, 2010 • 5 Komen

Secara dan Putaran

‘Secara sedar atau tidak,

putaran perhitungan pasti akan berubah angka.

Secara bersedia atau tidak,

putaran dari kebudakkan akan berubah kepada kematangan.

Secara gembira atau tidak,

putaran daripada disuapkan akan menjadi orang menyuapkan.

Secara mahu atau tidak,

putaran kehidupan pasti akan beralih tempat kepada kematian.

Secara senang atau tidak,

putaran setiap catitan amalan akan diganjarkan dengan baik atau buruk.’

~SELAMAT HARI LAHIR KE- 26~

[Oleh: nurIslami]

 ~

Monolog: Pengambaran Jejak Aulia edisi Siri Khas: Masjid Al- Azhar Ash- Syarif akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Doakan segala perancangan dan proses pengambaran dipermudakan urusan. Ameen ya Rabb.