seringKali yaNg diaBaikan

Di sebelah hadapan kelihatan sesusuk tubuh seperti tidak berkepala kerana tertidur.

Di sebelah kanan sedang membentuk sesuatu di atas karpet dengan jari telunjuk.

Di sebelah kiri sedang termenung jauh entah kemana destinasinya.

Di sebelah luar masih kedengaran sayup-sayup sahutan suara.

Sesekali terdengar sindiran daripada pengkhutbah. Ada yang tersentak, ada yang termangu-mangu dan ada yang menongkat dagu menahan kantuk. Keadaan kembali seperti sebelumnya selang beberapa minit.

Mengeluh.

Matlamat khutbah mingguan dalam setiap Solat Jumaat terasa seperti hadirin tidak dapat mengambil apa-apa manfaat sebagai pedoman dalam menguruskan kehidupan seharian.

Adakah cara penyampian khutbah yang tipikal seperti 100 tahun dahulu menjadi punca hilang tumpuan pendengar atau pendengar itu sendiri yang bermasalah?

Mencari siapa salah bukan tujuannya.

Tujuannya adalah sama-sama mencari pendekatan terbaik buat pendengar yang hadir ke rumah Allah Ta’ala untuk mencari dan memiliki sesuatu untuk mengeratkan hubungan denganNya.

Ada sebuah masjid di Melaka yang mana masjidnya memiliki LCD televisyen yang memaparkan isi kandungan teks khutbah sebagai pendekatan buat pendengar mengutip manfaat. Kelihatan ada yang sedang mencatit dengan kelebihan LCD televisyen tersebut.

Satu usaha yang kreatif dalam menghargai dan kebijaksanaan dalam menguruskan harta sedekah daripada masyarakat dalam bentuk pemilikan manfaat bersama secara tidak langsung.

Adakah salah?

Tiada syarat dalam menyampaikan khutbah itu perlu bernada seperti 100 dahulu. Kaedah perubahan nada mengikut maksud penyampaian adalah perlu supaya dapat merasai pengkhutbah itu menjiwai apa yang ingin disampaikan.

Kadangkala jiwa ini amat mencemburui mereka yang kreatif dalam aktiviti-aktiviti berbau maksiat seperti hiburan dalam memasarkan idea dan falsafah pemahaman mereka yang sangat up to date.

Oleh kerana masyarakat berlatarbelakang yang pelbagai maka tidak seharusnya para pendakwah memberatkan teknik yang selesa buat dirinya tanpa menghiraukan selera yang sesuai untuk dinikmati oleh mereka yang menagih ilmu darinya.

Apa yang dikhuatiri jika gejala-gejala kurang berminat para hadirin terhadap pengisian agama menjadi perkara seringkali yang diabaikan akan membarah sehingga menular kepada masalah sosial yang lain.

Apa yang dirisaukan jika peranan pengkhutbah gagal menguasai dan menarik minat pendengar untuk turut serta mengambil kesempatan manfaat pengisian menyebabkan lama-kelamaan fungsi Khutbah Jumaat akan menjadi adat bukan lagi ibadat.

Apa yang dibimbangkan jika para pendakwahlah penyumbang kerosakan masyarakat atau pembunuh senyap pada tunas keinginan masyarakat untuk berubah tanpa disedari.

Hadis Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam:

عن أبي رقية تميم بن أوس الدارى رضى الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: الدين النصيحة. قلنا: لمن؟ قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus Ad-Daari bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Agama adalah nasihat”. Kami bertanya: “Untuk siapa?” Jawab baginda: “Untuk Allah, kitabNya, rasulNya dan bagi para imam-imam dan seluruh muslimin.”

[Riwayat Muslim]

Nasihat-menasihati adalah hak milik semua. Tiada siapa yang agung apabila membicarakan tentang hubungan antara manusia dengan Allah Yang Maha Agung.

~

Monolog 1: Pada minggu lepas, Nuraishah Nabihah dan Ahmad Ammar tinggal selama 4 hari di rumah Tok Ayah dan Tok Mama.

Oleh kerana setiap kali melihat saya sedang menggunakan komputer maka Nuraishah Nabihah dan Ahmad Ammar pasti akan bertanya samada untuk bermain permainan komputer atau menonton kartun.

Maka saya mendorong sesuatu yang lebih bermanfaat daripada permainan komputer tetapi masih seronok iaitu origami walaupun saya tidak pernah buat Origami Ulat Beluncas ini. Kali pertama Nuraishah Nabihah melihat saya buat origami ini, dia bertanya:

“Ayah Cik, ini ulat ke kucing? Kenapa ada ekor dengan telinga macam kucing?”

Saya tertawa sambil Nuraishah Nabihah terpinga-pinga. Satu perkembangan membuat perbezaan maklumat dalam mindanya pada hemat saya.

Origami Ulat Beluncas pada teknik kreativiti saya.

Saya membiarkan mereka sendiri memilih kertas warna apa untuk dipilih tanpa mengatakan tidak atau tidak sesuai pada pilihan mereka. Sifat kepimpinan dan membuat keputusan perlu dididik berperingkat sejak dari kecil.

Apa yang saya fahami, kanak-kanak tidak memerlukan permainan yang mahal atau permainan kreativiti yang perlu segala-galanya dilakukan dengan sempurna tetapi memadai kita memberi perhatian dengan apa yang mereka lakukan. Nuraishah Nabihah sudah tahu bagaimana untuk membuat origami ini tetapi tetap mahu saya berada disampingnya. Mereka memerlukan perhatian.

Hampir setiap 2 atau 3 jam mereka meminta untuk buat ulat tersebut hingga memenuhi satu balang serta dibawa masuk ke kamar tidur setiap malam.

Pemberian balang daripada Tok Mama untuk diisi Origami Ulat Beluncas.

Monolog 2: Ini pula makhluk ciptaan Allah Ta’ala yang sangat comel! Apa saja yang dia lakukan walaupun hanya pergerakkan kecil pasti mengundang tawa dan senyuman yang tidak putus-putus. Allahumma adem laha wa lana bil hubbi hubban fillah.

Auni Faten(anak kedua Along) yang kini berumur 6 bulan. Comel!

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

__________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

~ oleh nurislami di Mac 31, 2011.

2 Respons to “seringKali yaNg diaBaikan”

  1. Salam…
    Adakalanya perubahan revolusi mampu memberi impak yang ketara sama ada akan lebih memuncak positif atau menjunam ke lembah negatif sehingga tiada yang mampu untuk membawa revolusi baru. Selaku khalifah yang menyandang gelaran pendakwah terumatama di kalangan agamawan perlu ‘alert’ terhadap perubahan yang melanda tidak kira sama ada penerapan melalui hiburan, teknologi yang sekadar di hujung jari. Namun, pada hakikatnya tidak sampai tersasar objektif utama untuk menyampai risalah dakwah…

    P/s: Maaf, seandainya panjang nukilan yang dicoretkan. Hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang tidak seberapa…

  2. Salam buat [an-nour]:
    -Aiwah..perkembangan serta kreativiti tanpa mengabaikan prinsip ilmu tiada salahnya..
    -perkongsian mencambahkan pemikiran..tafaddholin..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: