dI seBalik iTu

“Hiiiii.”

Suara serentak kanak-kanak yang berumur dalam linkungan 5-9 tahun menyapa riang apabila melihat kelibat Jamie Oliver melangkah masuk dengan senyuman.

“I am going to cook your favourite food. Your daily food.”

Kata Jamie Oliver sambil meletakkan sisa-sisa isi ayam yang melekat di celah-celah tulang dan kulit ayam yang sudah tidak digunakan lagi.

“Yikes! What are you going to do with all that?”

Kanak-kanak tersebut saling bertelingkah suara antara satu sama lain.

“Why? This is all what u eat everyday, right?”

Jamie Oliver membuat pertanyaan yang berbentuk provokasi.

“No no no. I will never eat that. So disgusting!”

Kelihatan kanak-kanak tersebut saling berbisik antara satu sama lain. Jamie Oliver meneruskan kerjanya sambil diperhatikan oleh kanak-kanak tersebut. Tidak henti-henti mereka membuat pelbagai aksi menunjukkan jijik.

Jamie Oliver mengisar bahan-bahan lebihan ayam tadi kemudian dia memasukkan beberapa ramuan lalu membentuk seperti ketulan-ketulan kecil berbentuk empat segi. Kemudian Jamie Oliver menyalut ketulan-ketulan kecil tadi dengan bread crumbs sebelum digoreng.

“Now, who want?”

Jamie Oliver membuat tawaran selepas selesai masak.

“Me me me. I want it.”

Masing-masing berebut dengan mengangkat tangan.

“Why everyone wants? It is made from the leftovers.”

Soalan provokasi kembali daripada Jamie Oliver.

“Because it is now the yummy chicken nuggets. Not the disgusting leftovers anymore.”

Jawab kanak-kanak tersebut tanpa teragak-agak. Jamie Oliver meneruskan perbualan bersama mereka.

Di Sebalik Itu

Di sebalik apa yang ingin disampaikan oleh Jamie Olivers dalam rancangan beliau adalah manusia terutamanya kanak-kanak amat mudah terpengaruh menyukai sesuatu setelah mengalami transformasi yang mana asalnya adalah sesuatu yang jijik.

Dunia yang mereka diami kini semakin terdedah oleh kehidupan yang dimanipulasi orang dewasa yang tidak dewasa.

Dunia yang mereka melata kini semakin terpampang dengan corak kehidupan yang mana haiwan lebih bersifat perikemanusian daripada manusia.

Pengalaman menuntut ilmu di negara Mesir mempamerkan bahawa cara terbaik yang digunapakai oleh pemerintah untuk menutup akal rakyat daripada bersuara adalah dengan mematikan suara emas pemuda-pemudi dengan tidak menitik beratkan soal pendidikan sejak mereka masih kecil.

Maka perkara yang sepatutnya dibenci bertukar menjadi acuh tak acuh dengan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin mereka kerana tidak memahami kuasa suara-suara emas mereka.

Disebalik hidangan kezaliman oleh penzalim yang berwajah dua dapat disingkap dengan ilmu pengetahuan yang dipraktik. Bukan hanya teori semata-mata.

Ilmu dan iman harus selari.

Setelah tersingkap kezaliman tersebut dengan ilmu dan iman maka apa yang dilaungkan bukan lagi berbentuk kenegaraan bahkan apa yang dilaungkan adalah kalimah ‘Allahu Akbar’.

Mudah-mudahan ‘izzah(kehebatan) agama Islam dapat dibangkitkan semula.

Perkembangan keadaan Mesir disaat kebangkitan sentiasa menjadi perhatian istimewa. Mesir sentiasa mendapat tempat istimewa dalam diri ini. Tempat tumpahan air mata suka dan duka sehingga membentuk sebuah kolam kenangan yang tidak pernah kering untuk dibasahi sentiasa.

~

Monolog 1: Cebisan cerita di atas adalah cerita yang saya ambil daripada rancangan Jamie Oliver’s Food Revolution. Jamie Oliver adalah seorang chef terkenal yang lebih dikenali sebagai Naked Chef di awal kemunculannya mungkin kerana gaya masakan yang messy. Cebisan cerita ini telah mengalami ubah suai kerana sudah lama terperuk di dalam ingatan saya.

Monolog 2: Seminggu saya keseorangan di rumah kerana tidak dapat ikut pulang ke kampung disebabkan komitmen kelas dan assignment pengajian Master yang tidak putus-putus. Jadi saya memujuk diri yang kesepian dengan memasak beberapa jenis hidangan. Antaranya Fish and Chips yang saya hasilkan sendiri di rumah. Oleh kerana tiada bread crumbs maka sebagai bahan pengganti alternatif, saya menggunakan corn flakes yang dikisar halus.

Fish and Chips

Hidangan kedua adalah hidangan sarapan yang diajar oleh bonda. Oleh kerana Omelette ini adalah masakan barat maka sebarang cili atau lada tidak digunakan. Hanya bawang besar dan tomato serta sedikit garam.

Garlic Bread dan Western Omelette.

Hidangan terakhir adalah hidangan sentuhan ‘malas-malas’ saya kerana saya agak tidak berapa gemar makan di luar. Saya akan berusaha walau bagaimana sekalipun akan masak sendiri di rumah:

Ayam Goreng Kunyit dan Tom Yam Campur.

Sehari sebelum ayahanda dan bonda kembali dari kampung, Angah sekeluarga datang dengan membawa Sate Kajang. Makanan kegemaran saya!

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

__________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

~ oleh nurislami di Februari 28, 2011.

4 Respons to “dI seBalik iTu”

  1. masya allah..rajinnya memasak
    byk hikmah makan home made dishes..tejamin kebersihan dan keaslian rasa. mendarah daging membentuk jasmani dan rohani yang terpelihara.insha allah

  2. Salam…
    Adakalanya transformasi yang berlaku mampu memberi impak yang besar sama ada akan lebih positif atau akan lebih melarat kepada negatif…

    P/s: Semoga dipermudahkan urusan pengajian M.A ustaz dan diberikan kejayaan yang setimpal. Insyaallah.

  3. Salam buat [cik su]:
    Seorang rakan pengajian Master yang bekerja di JAKIM ada menceritakan kepada kami, kadang-kadang terdapat kes setelah dapat pengesahan JAKIM, pengusaha terbabit mengalami masalah dengan pembekal asal yang menyediakan bahan-bahan asas untuk kilang pengusaha tersebut yang telah disahkan JAKIM bertukar kepada pembekal yang tidak ikut syarak..wallahu ‘alam..

    Salam buat [an-nour]:
    -Terima kasih buat an-nour kerana sentiasa berkongsi di nurIslami..
    -Ameen ya rabb..Moga dipermudahkan juga segala urusan ustazah di dunia dan akhirat..

  4. Salam…
    Ilmu sedikit yang dipinjam oleh Allah di dunia ini untuk dikongsi. Moga-moga impaknya dapat memberi manfaat bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: