iMan iTu iDaman

“Ayah Cik, macam tu tak soleh kan?”

Ahmad Ammar yang berusia 4tahun tiba-tiba bersuara.

“Apa yang tak soleh?”

Tanya saya acuh tak acuh.

“Orang dalam tv tu pakai seluar pendek.”

Jawab Ahmad Ammar ringkas.

Dari kiri: Ahmad Ammar dan Nur'aishah Nabihah(anak-anak Angah). Kedua-duanya baru pulang dari konvokesyen prasekolah terus langsung ke rumah Tok Ayah dan Tok Mama. Ahmad Ammar menerima Anugerah Pelajar Harapan bagi umur 4tahun dan Nur'aishah Nabihah menerima Anugerah Pelajar Harapan bagi umur 5tahun.

“Aishah, nak tak buka tudung?”

Tok Mama(bonda) mengusik Aisyah.

Nur’aishah Nabihah menggelengkan kepala tanda protes.

Gambar Nur'aishah Nabihah ketika berumur 3tahun.

“Kenapa?”

Tok Mama menambahkan lagi provokasi sambil tersenyum.

“Nak pakai macam Umi(Kak Ngah saya yang bertudung labuh).”

Jawab Nur’aishah Nabihah bersahaja sambil mencari gula-gula dalam beg kecilnya.

Iman itu Idaman

Banyak yang saya pelajari daripada anak-anak saudara yang telah mencecah seramai 5 orang kini.

Betapa peranan dan kesedaran pasangan yang berumah tangga dalam membina tembok-tembok iman untuk menjadi benteng penyelamat daripada dunia yang kita tinggal kian menakutkan.

Jika diajukan soal mencari pasangan hidup kepada para pemuda maka tentulah ingin dicari yang solehah.

Jika ditanyakan soal mencari pasangan hidup kepada para pemudi maka tentulah ingin memiliki yang soleh.

Maka masing-masing berusaha untuk menjadi soleh dan solehah dengan harapan dijodohkan dengan pasangan hidup yang beriman.

Harapan tersebut tanpa disedari diri telah menggaris had kemuncak sempadan kedudukan iman dalam jiwa.

Memiliki pasangan yang soleh atau solehah bukan untuk menjadi simbol kemegahan dalam perbualan masyarakat atau diperakui kedudukan iman dalam diri.

Yang paling penting adalah corak kehidupan dalam mengemudi pasangan dan keluarga dengan warna-warni islamik.

Iman bukan alat untuk mencari atau dipinang bakal pasangan hidup yang soleh atau solehah.

Iman itu dibangunkan dalam diri untuk memiliki mardhatillah(keredhaan Allah ta’ala) dalam segenap perkara.

Hadis Rasullah sallahu ‘alaihi wa sallam:

عن أبي هريرة عبد الرحمن بن صخر رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم : إنّ الله لا ينظز إلى أجسامكم, ولا إلى صوركم, ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم

‘Daripada Abu Hurairah iaitu Abdul Rahman as- Sakhr radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasullah sallahu’alaihi wa sallam telah bersabda”: “Sesungguhnya Allah ta’ala tidak melihat pada tubuh-tubuh kamu, tidak pula pada rupa bentuk kamu tetapi dia melihat pada hati dan amalan kebaikan kamu.”

[Riwayat: Muslim]

Semarakkanlah suasana islam dalam membentuk individu muslim. Kemudian baitul muslim(keluarga yang islamik) selepas memiliki pasangan yang soleh n solehah. Seterusnya ke arah masyarakat muslim, kerajaan islam dan empayar islam.

Semoga tahun 2011 menjadi pencetus dan permulaan generasi baru dalam menyebarkan nafas-nafas segar haruman iman.

Kita tidak mahu mendengar lagi pada bulan Jun atau September 2011 masih kedengaran kes pembuangan bayi hasil penzinaan saat malam tahun2010 melabuhkan tirainya.

Iman itu idaman.

Kerana iman itu idaman maka islam yang ku miliki ini juga untuk dimiliki oleh mu juga.

~

Monolog 1: Saya sekarang sedang menyambung pelajaran bagi peringkat MAster sambil sedang menunggu jawapan interview sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH41(pensyarah) baru-baru ini.

Monolog 2: Kali pertama saya masak udang Lobster ini. Chanel  703 di Astro antara rancangan kegemaran saya. Lobster ini buah tangan Abang Long(suami Along) dari Sabah ketika ada urusan kerja di sana.

Inilah hidangan udang Lobster. badannya kaya dengan isi yang padat dan sangat sedap sekali. Ada rasa seperti isi ketam.

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

~ oleh nurislami di Disember 31, 2010.

12 Respons to “iMan iTu iDaman”

  1. islam untuk ku dan untuk mu.

    jzkk

  2. salam pembuka bicara.
    salam jendela baru! aiwah.. tjuk ni..sgt best..
    IMan itu IDAMAN. yeah.. proud to be MUSLIM.

    insyaallah sama-sama kita terap, garap, sulam budaya dan nilai ISLAM dlm tiap rutin harian kehidupan kita.. 😉

    salam juang.. barakallahu =D

    **aiwah..dh smbung master.. mabruk!!

  3. Salam buat [adikeica87]:
    Moga ada manfaatnya..

    Salam buat [simple-shida]:
    -Ahlan wa sahlan buat kak shida..
    -haza min fadhli rabbi..
    -Al-Quran sendiri sangat menitik beratkan tentang rumah tangga hinggakan sangat terperinci sekali hukum munakahat dalam Islam..Hebatnya individu dan masyarakat bermulanya pendidikan dari rumah..
    wallahu ‘alam..

  4. Salam…
    Iman bukan untuk diwarisi. Namun, ketaqwaan yang mendalam mampu melonjakkan darjat ketinggian iman seseorang…
    P/s: Agak lama entri ustaz bersawang dan menyepi. Selamat Tahun Baru 2011… Moga-moga anjakan paradigma momentum tahun baru mampu melupuskan sedikit demi sedikit jenayah yang kian berleluasa… Mabruk pada ustaz masih lagi berupaya untuk menyambung Master. Moga-moga dipermudahkan…

  5. Salam Syeikh,
    Ambil jurusan apa? Sama sekolah dengan zauj ana?

  6. This article expounded the subject well covered, very good!

  7. Salam buat [insyirah]:
    Sama sahaja dengan zauj Puan Insyirah cuma masih belum bertegur sapa..

    Welcome [Rasultado Loteria]:
    Those compliments i give all to Allah 🙂

  8. Oh, last intake ramai x-Azhar, intake ni tak tahu pula.
    Belajar rajin-rajin ye 🙂

  9. Salam buat [Insyirah]:
    Alhamdulillah, ana sudah bertegur sapa dgn zauj ukhti tadi, kekok rasenya 🙂

  10. salam..xsalah mengidamkan pasangan yang soleh @ solehah kerana itu tuntutan agama..tapi sentiasalah muhasabah n didik diri kita menjadi soleh @ solehah agar pasangan yang soleh @ solehah itu kelak mencari kta..kerana janji Allah lelaki @ perempuan yang baik itu pasangannya pasti juga yang baik..jom kita pakat2 upgradde tahap kesolehan kita..!!! caiyok caiyok….

  11. salam ziarah. lama xdtg menjenguk. bnyk perubahan besar berlaku, which i hope will be going fine, iAllah.

    keep writing and gain respect.

  12. Salam buat [it’s me!!!]:
    Aiwah..setuju!

    Salam buat [hurin]:
    Ahlan wa Sahlan wa marhaban..alhamdulillah, everything is fine just a bit busy with assigments..thanks for the du’a..may u also always in good conditions, ameen ya rabb..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: