hiDup hinGga kiaMat

Kenapa saya perlu mendapat buku ini dari Puan Insyirah?

Kerana pertama kali saya melihat buku Bicara Pedusi ini di bahagian iklan laman sesawang Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah menghantui fikiran saya beberapa bulan.

Bermain difikiran kerana Bicara Pedusi ini sejalur dengan pengiklanan Warta PMRAM Edisi 80 Tahun di laman sesawang tersebut.

Akhirnya tanda tanya tersebut terjawab sudah setelah mendapat jemputan menyertainya dari pemilik Haruman Mawar.

Bicara Pedusi merupakan sebuah novel.

Ditulis oleh penulis muda dari semenanjung Malaysia tetapi cetakan pertamanya di bumi Mesir. Sentiasa mengirim salam buat pepasir bumi Anbiyak(para nabi) dengan keazamaan suatu hari nanti dapat memijak bumi Mesir.

Terdapat dua keistimewaan pada hemat saya tentang Bicara Pedusi ini:

1.

Seingat saya, belum pernah membaca novel melayu hasil penulisan dari penulis wanita ketika belajar di Mesir di bawah pasaran PMRAM. Kebanyakkannya mengambil bahagian dalam koleksi-koleksi cerpen.

Moga Bicara Pedusi ini menjadi inspirasi kepada mahasiswi-mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir khususnya untuk meneroka dunia novel.

Novel telah menjadi komunikasi setia golongan muda kerana mempunyai pengaruh dalam menjentik jiwa dan merangsang otak untuk berfikir.

Lihat saja fenomena terhasil dari karya-karya novel Dr. Hamka rahimahullah seperti Tenggelamnya Kapal Vanderwick dan Di Bawah Lindungan Kaabah serta Habiburrahman El- Shirazy yang berjaya membuai pembaca ke arah fikir dan zikir ketika menikmati karya-karya mereka.

2.

Setiap hasil jualan Bicara Pedusi ini sepenuhnya akan disalurkan terus ke Dana Syaqah PMRAM.

Teringat bab pertama dalam subjek Fiqh Semasa di Tahun Empat ketika membincangkan tentang perbandingan Demokrasi Pada Masa Kini dan Demokkrasi Pada Kaca Mata Islam.

Bab tersebut memberikan penekanan betapa pentingnya umat Islam memiliki daulah islamiah(kerajaan Islam) supaya kesyumulan(kesempurnaan) Islam dapat dirasai dan kerahmatan Islam untuk seluruh makhluk ciptaan Allah subhanahu wa ta’ala dapat dinikmati.

Maka perlu bagi PMRAM dalam mendapatkan sebuah syaqah(apartment) setelah dinafikan hak memiliki sebuah pejabat pentadbiran di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK). Perjuangan untuk mendapatkan hak tersebut tetap diteruskan.

Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah(DMAK).

Syaqah tersebut perlu untuk menjadi pusat pentadbiran, menjalankan kegiatan keagamaan dan menghidupkan aktiviti-aktiviti sosial yang menjurus ke arah cara hidup Islam buat mahasiswa dan mahasiswa Malaysia yang menuntut di negara Mesir.

~*~

Firman Allah azza wa jalla:

 يأيّها الّذين ءامنوا اتّقوا الله ولتنظر نفس مّا قدّت لغدر واتّقوالله إنّ الله خبير بما تعملون

‘Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan’

 

[Surah Al- Hasyr: 18]

Tiada yang dapat membahagiakan diri selepas mati dengan harapan setiap hasil penulisan menjadi rantaian bekalan amalan kebaikan buat kehidupan di alam barzakh.

Hidup Hingga Kiamat

“Penulisan berjiwa islami mewujudkan nadi,

walau

roh meninggalkan jasad selepas mati.

Untaian

manfaat akan terus bersemi.

Buat

bekalan selepas mati,

agar

haruman kubur

terus

mewangi.”

 

[Oleh: nurIslami]

 ~

Monolog: Sekiranya saya diumumkan sebagai pemenang untuk memiliki buku Bicara Pedusi nanti maka saya berkira-kira tandatangan dari puan penulis dan suami penulis adalah wajib disertakan.

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

~ oleh nurislami di November 8, 2010.

6 Respons to “hiDup hinGga kiaMat”

  1. Assalamualaikum.Ini tiada kaitan dengan artikel di atas.Just nk buat jemputan sikit.
    Sila layari http://penahafiy.blogspot.com/2010/11/walimatul-urus.html

    – fitri Tganu

  2. Salam…
    Entri yang ringkas namun, padat intipatinya yang mampu bagi sesiapa tersedar dari lamunan.
    Teruskan berjuang dengan mata pena kerana tajamnya coretan dari mata pena lebih tajam dan berbisa dari sebilah pedang.
    P/s: Pertahankan untuk mendapatkan ARMA dan jangan biarkana hanya sebagai tinggalan sejarah…

  3. Wa’alaikumussalam buat [khairul fitri]:
    -Lamanya tak jumpa enta ya..Akhirnya jemputan walimah menjadi pengikat tautan ukhwah kembali ya 🙂
    -Makin ramai sahabat-sahabat ana sudah dan akan berkahwin..
    -Barakallahu lakuma wa baraka ‘alaikuma wa jama’ana bainakuma fi khair..

    Salam buat [an-nour]:
    -Ameen ya rabb..
    -Aiwah, kerana itu adalah hak kita dan itu jalan penyelesaian terbaik setelah tahun demi tahun kesukaran dan gangguan demi gangguan tidak masuk akal dari pihak-pihak yang sepatutnya memudahkan..

  4. dah beberapa bulan ni satu entry setiap bulan kah???

  5. eh..bagaimana datangnya salji tu? patutlah di mesir tak turun salji, dia ambil masuk blog 😀

  6. Assalamualaikum buat [PanglimaKhalid]:
    -Ana kehilangan rentak seketika..insyaAllah, berazam tahun 2011 akan kembali on track, ameen ya Rabb 🙂
    -Biarkan sahaja salji di sini kerana Mesir sekarang mengalami ribut pasir dan sejuk yang dasyat hingga berlaku kemalangan jiwa di Iskandariah..inna lillahi wa inna ilaihi raji’un..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: