tumPahan kaSih panDangan perTama

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة

 فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ

  Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat

Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah

سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ

 وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ

Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan

berusahalah kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan

إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ

 إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ

Aku melihat air yang tenang bertakung mencemar kandungannya sendiri

Sekiranya mengalir ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar

والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست

 والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب

Singa sekiranya tidak keluar dari kepompong dunianya nescaya tidak akan dijinakkan

anak panah kalau tidak berpisah dengan busurnya nescaya tidak akan mengena sasarannya

والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة

 لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ

Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya

nescaya akan bosanlah Arab dan ‘Ajam

والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِه

ِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب

Emas hitam(petroleum) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan

dan kayu ‘aud(dijadikan pewangi yang sangat mahal harganya) sekiranya kekal di tanah maka samalah seperti kayu biasa

فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبه

ُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Jika(kayu ‘aud) itu dikeluarkan maka hebat dan tinggilah permintaannya

dan jika(emas hitam) itu dikeluarkan maka hebatlah ia seperti emas

 

[Syair karangan Imam Syafi’e radhiallahu ‘anhu]

Tumpahan Kasih Pandangan Pertama

Separuh jiwaku pergi.

Pergi kerana ditinggalkan.

Ditinggalkan untuk satu tempoh

hanya tidak mampu ku hitung bilakah

jantung akan kembali berdenyut sempurna.

Sempurna jiwa yang memenuhi rasa saat

tumpahan kasih pandangan pertama.

Pertama kali tika memijak pepasir.

Pepasir anbiyak digelar 

Arddhul Kinanah.

 

[Oleh: nurIslami]

~

MonologAlhamdulillah, telah bertambah seorang lagi anak saudara perempuan yang baru berusia 12 hari. Tumpahan kasih seorang bapa saudara pada ‘Auni Fatin sudah terukir pada pandangan pertama.

'Auni Fatin(anak Along yang ke-2). Subhanallah wal Hamdulillah, comel!

~

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

~ oleh nurislami di Oktober 12, 2010.

3 Respons to “tumPahan kaSih panDangan perTama”

  1. Salam,
    Tumpahan kasih pandangan pertama hanya kerana Allah mampu beroleh berkat serta mardhatillah. Setiap insan yang pernah menjejaki Bumi Anbiya’ Mesir pasti akan merindui untuk kembali lagi ke sana. Namun, belum ada kepastian untuk bertamu ke sana lagi. Moga-moga diberi kesempatan dan ruang untuk menjejaki kembali denai-denai yang pernah dijejaki oleh para anbiya’, para wali serta para alim ulama’ silam…
    P/s: Comel anak buah ustaz…

  2. sapa yang pernah meminum air nil,pasti akan datang kembalik memijakkan kaki~i`Allah

  3. Salam buat [an-nour]:
    Alhamdulillah, hari-hari saya mahu melihat Auni Fatin..Dengar tangisannya sahaja buatkan hati cukup gembira..

    Salam buat [kautharjiwa]:
    Keinginan untuk kembali kerana adanya ulama-ulamak dan tarbiyyah tersirat bumi Mesir yang sentiasa membawa kembali kepada Allah subhanahu wa ta’ala..
    Allahu Allah..Rindu amat pada Mesir!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: