biSikkan maDah ciNta

عد إلى الله بقلب خاشع

Kembalilah kepada Allah dengan hati yang khusyu’.

وادعه ليلا بطرف دامع

Dan berdoalah kepadaNya dengan mata yang menangis,

يتولاّك بعفو واسع

nescaya Dia akan menyambutmu dengan kemaafan yang luas.

ويبدّل كلّ تلك السيّئات

Dan Dia akan menggantikan semua keburukkanmu itu,

حسنات أجرها لن ينفدا

dengan kebaikan yang dilimpahkanNya kepadamu tanpa habis-habis.

كلّ هذا العفو للعبد المنيب

Segala kemaafan itu diberikan bagi hamba yang kembali (kepadaNya).

سابغا من خالق الكون الرّحيب

Sebagai kurnia yang melimpah dari Pencipta alam semesta

للّذي تاب إليه من قريب

bagi orang yang segera bertaubat kepadanya

 ~*~

[Rujukan: Kitab  الرّقائق(Pelembut Hati)]

Bisikan Madah Cinta

Kau mencintaiku

melebihi cintaku padaMu.

HidayahMu memaut setia saat kurebah.

AmpunanMu meredakan sedu-sedan tangisanku.

Titisan air mata menjadi kelip-kelip manik aneka warna

menghiasi kegelapan malamku di kala bersamaMu.

Sebagai saksi bisikkan madah cintaku

padaMu mekar harum sentiasa

 

[Oleh: nurIslam]

 ~

Monolog: Selepas solat Jumaat saya keluar sebentar ke bank untuk mengeluarkan sedikit wang bersama seorang kawan.

Kemudian kami singgah di sebuah kedai fast food iaitu Tacobe yang menjadi alternatif untuk memboikot KFC, Mc’Donalds, Pizza Hut dan seangkatan dengannya.

Makanan ini ialah 'Zinger Supreme'. Mengandungi ayam goreng seperti burger Zinger KFC ditambah kepingan-kepingan ayam belanda selebar perut tapak tangan.

~

Ahmad Azalee- Kaherah, Mesir.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu.

Advertisements

~ oleh nurislami di April 30, 2010.

6 Respons to “biSikkan maDah ciNta”

  1. Assalamu’alaikum.

    Moga aura bumi kinanah terus memaut erat hati-hati yang merinduikan roh tarbiyyah para ambiya’.

    Suka sangat ana baca bait-bait ayat dari kitab الرّقائق(Pelembut Hati)

    Jazakallah.

  2. Salam…
    Bait-bait ayat yang penuh puitis. Rasa kecintaan yang tinggi pada Allah mampu menguatkan lagi perasaan benci terhadap musuh Allah… Mungkin dek kerana tarbiyah rohaniyah para anbiya dan ulama’ silam.

  3. Salam.I`Allah saya akan dapatkan buku terhebat ini juga.:)

  4. Tuhan,
    selangkah ku hampiri MU,
    seribu langkah KAU hadir padaku.

    kerana itu, ingatlah kamu kepadaKU, neccaya AKU ingat (pula) kepadamu..( Al Baqarah:152)

    salam mujahadah ya ammu

  5. Wa’alaikumussalam buat [insyirah]:
    Moga tarbiyyah dan kemanisan Ardhul KInanah sentiasa tersemadi dan terus kembang mekar dalam diri ini..
    Kitab Pelembut Hati itu sentiasa memujuk hati ana di saat memerlukan..

    Salam buat [an-nour]:
    Tidak lupa juga musuh manusia yang nyata iaitu syaitan dan iblis..

    Salam buat [kautharjiwa]:
    Buku yang mesti dimiliki dan mudah dibawa kemana-mana..hanya sebesar tapak tangan dan cukup muat sekali dibawa dalam beg tangan..

    Salam buat [Nabihah Afifah]:
    Salam mujahadah juga buat Ummu Afifah dan Nabihah..
    Doakan thabat dan istiqomah hendaknya..

  6. assalammualaikum? 🙂 mohon copy 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: