aleXandaria: menJelajah taMan-taMan syuRga

Alhamdulillah, web Islam4Peace(sentuh untuk preview dan klik untuk ke web) telah meluaskan langkah untuk membuat penggambaran Jejak Aulia untuk Siri Kedua di Alexandaria atau Iskandariah pada tarikh 8 April 2010 baru-baru ini.

Kenderaan TRAMCO(sebuah van) menjadi 'tunggangan' penggambaran kami ke Alexandaria atau Iskandariah.

Imam As- Syafi’e rahimahullah pernah mengungkapkan kalam:

“Aku mencintai orang-orang soleh dan aku bukan sebahagian daripada mereka. Aku berharap agar aku mendapat syafaat(pertolongan di akhirat) kerana mencintai mereka”.

Dengan lafaz mulia, Bismillahirrahmanirrahim saya akan menceritakan secara pengenalan manaqib(biodata) para auliya’ Allah subhanahu wa ta’ala. Rakaman tersebut akan disunting oleh Akhi Azrul(salah seorang web master) kemudian akan dipertontonkan nanti kepada umum di web tersebut, insyaAllah.

1. Imam Muhammad Al-Busiri rahimahullah

Makam Imam Muhammad Al- Busiri.

Imam Muhammad Al- Busiri dilahirkan pada tahun 608 Hijrah di sebuah kampung bernama Busair. Gelaran Al- Busiri pada nama beliau dinisbahkan kepada nama kampung tempat dilahirkan kerana itu adalah adat kebiasaan bagi orang-orang Arab.

Imam Al- Busiri seorang yang pakar dalam ilmu Adab(sastera) dan syair. Ketika beliau diuji Allah azzawajalla sakit lumpuh setengah badan, beliau mengarang sebuah burdah untuk Rasullah sallahua’laihi wasallam kemudian tertidur bermimpi bertemu Al-Mustafa sallahua’laihi wasallam.

Dalam mimpi tersebut beliau membacakan Qasidah Muhammadiah yang dikarangnya kemudian Rasullah sallahu’alaihi wa sallam melengkapkan satu rangkap bait yang tidak mampu disempurnakan oleh beliau.

Setelah itu Rasullah sallahu’alaihi wa sallam menyapu badan beliau dengan dua tapak tangan baginda yang mulia. Sebaik sahaja tersedar dari tidur, beliau mendapati tubuhnya sihat berkat sentuhan Rasullah sallahua’laihi wa sallam.

Kami beramai-ramai melaungkan Qasidah Muhammadiah.

Kami semua mengambil kesempatan membacakan Qasidah Muhammadiah(sentuh untuk preview dan klik untuk baca) dihadapan makam beliau.

2. Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi dan anak-anaknya rahimahumullah

Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi dilahirkan pada tahun 616 Hijrah. Beliau merupakan guru kepada Imam Muhammad Al- Busiri walaupun beliau lebih muda 8 tahun daripada Imam Muhammad Al-Busiri.

Pemandangan makam Imam Abu 'Abbas Al- Mursi dan anak-anaknya.

Ketika beliau berumur 24 tahun dalam perjalanan menunaikan haji bersama ayah dan saudara kandungnya, kapal yang dinaiki mereka karam. Tetapi beliau dan saudara kandungnya selamat lalu meneruskan perjalanan melalui darat hingga ke Tunisia.

Di Tunisia, Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi mendengar tentang Imam Abu Hassan Asy- Syazuli lalu menunaikan solat istikharah. Pada malam harinya beliau bermimpi melihat seorang lelaki di atas bukit memakai toilasan(kain menutup kepala) berwarna hijau beserta dua lelaki di kiri dan kanan lelaki tersebut.

Keesokkan harinya ketika Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi bertemu dengan Imam Abu Hassan Asy- Syazuli, beliau mengenali bahawa Imam Abu Hassan Asy- Syazuli adalah lelaki yang dilihat beliau dalam mimpi tersebut.

Beliau kemudian berguru dengan Imam Abu Hassan Asy- Syazuli selama 10 tahun.

Imam Abu Hassan Asy- Syazuli mewasiatkan kepada Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi untuk beliau dan anak-anaknya mengamalkan Hizib Bahar.

Membaca secara ringkas Hizib Bahar.

Hizib Bahar kami membaca secara ringkas beramai-ramai di hadapan makam Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi dan anak-anaknya.

3. Imam Yaqut Al- ‘Arysi rahimahullah

Imam Yaqut Al- 'Arsyi.

Imam Yaqut Al- ‘Arsyi merupakan menantu kepada Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi. Beliau pada mualanya adalah seorang hamba daripada Habsyah.

Diceritakan seorang peniaga hamba dari Habsyah dalam perjalanan untuk menjual hamba berlaku angin kencang ketika di lautan.

Disebabkan khuatir kapal yang dia naiki akan karam maka dia berdoa dengan tawasul menyebut nama Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi beserta nazar untuk menghadiahkan Imam Yaqut Al- ‘Arsyi(ketika itu seorang hamba) kepada Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi jika terselamat daripada bencana tersebut.

Apabila selamat sampai di Iskandariah(atau Alexandaria), dia berniat untuk melunaskan nazarnya tetapi mendapati ada sedikit kecacatan pada kulit Imam Yaqut Al- ‘Arsyi lalu ingin menukar kepada hamba yang lebih baik.

Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi enggan menerima hamba tersebut lalu meminta peniaga hamba itu menyerahkan Imam Yaqut Al- ‘Arsyi sepertimana yang telah dia nazarkan. Terkejut peniaga tadi kerana Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi mengetahui nazarnya.

Kata Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi:

“Kalau kamu tahu betapa berharganya budak(Imam Yaqut Al- ‘Arsyi) ini di sisi Allah ta’ala tentu kamu tidak mahu menjualnya”.

Beliau digelar Yaqut Al- ‘Arsyi oleh Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi kerana keberadaan hatinya sentiasa dengan mengingati Allah ta’ala. Pendapat lemah menyatakan gelaran tersebut dimilikinya kerana dia mendengar laungan azan dari ‘arasy Allah subhanahu wa ta’ala.

Dikurniakan anugerah oleh Allah azzawajalla kelebihan memahami bahasa haiwan.

4. Imam Muhammad Makinuddin Al- Asmar rahimahullah

Imam Muhammad Makinuddin Al- Asmar juga merupakan anak murid kepada Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi dan Imam Abu Hassan Asy- Syazuli.

Gelaran Al- Asmar pada beliau kerana kulitnya putih kemerah-merahan seperti baginda Rasullah sallahu’alaihi wa sallam.

Antara karamah-karamah beliau banyak kali bertemu dengan malam Lailatul Qadar dan menyaksikan salam malaikat buatnya.

Makam Imam Muhammad Makinuddin Al- Asmar.

Diceritakan beliau pernah pergi ke makan Nabi Daniel a’laihissalam dan bertemu dengan baginda sedang menunaikan solat. Kemudian beliau terus menapak menuju ke arah Nabi Daniel a’laihissalam lalu mempersilakan Imam Makinuddin Al- Asmar untuk menjadi imam solat.

Pemandangan dari sudut lain dalam kawasan makam.

Imam Makiyuddin Al- Asmar enggan kerana dihadapannya adalah seorang nabi. Kemudian Nabi Daniel a’alaihissalam menyatakan dia tidak layak kerana Imam Makiyuddin Al- Asmar adalah daripada umat Nabi Muhammad sallahu’alaihi wa sallam yang mulia.

 5. Nabi Daniel a’laihiasalam & Saidina Luqmanul Hakim rahimahullah

Kedudukan makam Nabi Daniel a’laihissalam dan Saidina Luqmanul Hakim radhiAllahu ‘anhu berada dalam kawasan yang sama.

Makam Nabi Daneil a'laihissalam dan Saidina Luqmanul Hakim radhiAllahu 'anhu berada di dalam masjid tersebut tidak dapat kami masuki kerana berlaku tanah mendap di hadapan masjid.

Makam Nabi Daniel a’laihissalam  berada di dalam sebuah telaga yang di dalamnya terdapat sebuah kawasan yang sangat luas.

Baginda a’laihissalam pernah dilempar dalam telaga tersebut yang mana terdapat di dalamnya dua ekor singa yang sangat lapar. Ketika dua ekor singa tersebut ingin menerkam ke arah baginda a’laihi tiba-tiba berhenti setelah mengetahui bahawa baginda adalah seorang nabi.

Abu Musa Al- Asy’ari radhiAllahu a’nhu pula menceritakan beliau menjumpai jasad Nabi Daniel a’laihissalam ketika sungai tersebut kering. Terdapat dua buah cincin dijari kiri dan kanan baginda yang terukir dua ekor singa bagi memperingati dua ekor singa tyang menjadi teman baginda ketika berada di dalam telaga tersebut.

Baki makam-makan yang lain:

6. Sayyid ‘Ali Barakat rahimahullah.

7. Sayyid ‘Ali Abu Fatah rahimahullah.

8. Imam Ibrahim Dasuki rahimahullah.

9. Saidina Abi Darda’ radhiAllahu ‘anhu.

10. Sayyidah Mandarah(ibu saudara Imam Ibrahim Dasuki).

11. Makam 12 imam(anak-anak murid Imam Abu ‘Abbas Al- Mursi).

12. Makam anak-anak Sayyid ‘Ali Zainal ‘Abidin(ahlul bayt Rasullah sallahu’alaihi wa sallam):

  • Sayyid Muhammad Mas’ud
  • Sayyid Muhammad An- Naqaq
  • Sayyid Muhammad Solahuddin

Alhamdulillah, destinasi pertama hentian kami adalah di Kubu Sultan Salahuddin Al- Ayubi rahimahullah yang sangat masyhur sekali.

Gambar 'stronghold' Sultan Salahuddin Al- Ayubi rahimahullah di pantai Iskandariah atau Alexandaria.

Kemudian dipertengahan jalan sebelum ke makam Saidina Abi Darda’ radhiaAllahu ‘anhu kami singgah sebentar untuk menikmati kesan peninggalan jajahan Alexander The Great.

Cuba teka binaan apakah ini? Binaan ini hampir serupa dengan yang terdapat di Rom tempat para Gladiator menyambung nyawa.

Destinasi terakhir kami di Alexandaria adalah Montazah. Montazah merupakan kawasan taman istana Raja Farouk.

Menikmati kecantikkan matahari terbenam di pantai Montazah, subhanallah.

Sepanjang penggambaran ke makam-makan auliya’ ini tidak terlepas satu suasana penjaga yang meminta sedikit habuan atas lawatan ke makam-makam ini.

Mungkin ada yang akan terdetik mereka ini cuba mengambil kesempatan dalam mengaut keuntungan maka matikan segera perasaan seperti itu.

Anggaplah ianya sebagai pendapatan buat penjaga makam-makam tersebut dan sebagai upah keringat mereka menjaga makam-makan tersebut dengan baik tanpa sebarang gaji.

Saya sangat suka satu panorama menarik di ketika melawat masjid yang menempatkan makam Imam Muhammad Al- Busiri.

Kedudukan klinik ini adalah disebelah tepi laluan ke dewan solat.

Satu tempat khusus dalam masjid tersebut disediakan klinik kecil untuk perkhidmatan peasakit luar secara percuma atau dikenakan bayaran paling minima sebagai kebajikan.

Allahu Allah!

 ‘Luas kaki melangkah,

ligat akal dengan pengalaman.

Luas mata melihat,

tajam pengamatan dengan kematangan.

Luas akal berfikir

ketakwaan hati menambah zikir’

[Oleh: nurIslami]

 ~

Monolog: Alhamdulillah, dijangka pada esok hari akan ditayangkan untuk tatapan umum EPISOD 2 dari Siri Pertama(Kaherah) Jejak Aulia.

Episod 2 mengandungi ‘english subtitles’ hasil daripada seorang pelajar perempuan Universiti Al- Azhar serta mentampilkan persembahan yang lebih segar, insyaAllah. Moga ada manfaat buat kita semua.

 ~

Ahmad Azalee- Kaherah, Mesir.

___________________________________________________________________________

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di nurislami.wordpress.com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat nurislami.wordpress.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin nurislami.wordpress.com terlebih dahulu. 

Advertisements

~ oleh nurislami di April 16, 2010.

8 Respons to “aleXandaria: menJelajah taMan-taMan syuRga”

  1. Sangat menarik post ni abg azalee..:)

  2. Salam
    Entri yang penuh dengan intipati menarik. Rakaman perjalanan melalui mata pena mampu mencetuskan inspirasi untuk turut sama melalui denai-denai rencah kehidupan para ulama’…
    P/s: Menjelajah taman-taman syurga kebarangkalian boleh dinaskhahkan.

  3. Salam buat [assyafi_e]:
    Syukran Fauzan..Pengalaman kita sama-sama membuat penggambaran tu memang sangat menyeronokkan 🙂

    Salam buat [an-nour]:
    Allahu Akbar..cadangan ukhti telah saya panjangkan kepada web master islam4peace..mungkin di masa hadapan menjelajah ke taman-taman syurga dinaskahkan dalam bentuk ketegori travel-log, insyaAllah..

  4. Salam…
    Moga usaha yang dilaksanakan disulami rasa ikhlas dalam diri untuk beroleh berkat dari Rabbul Jalil…

  5. salam ust…maap mencelah….eden ader dengo dari kengkawan yang pasal citer Imam Yaqut Al A`rasy tuh kan versi lain…eden rase yang versi eden ni yang silap kot sbb eden takder buat rujukan lak,cuma pi baca sejarah yang ader tulis kat situ jer,tu pon tak paham pastu tak pi tanya org yang paham lak,memandai sendiri jer….yang lebih parah lagi…eden siap citer kat orang2 lain lak versi nih…tuh yang rase bersalah sket nih…jadi harap2 nyer,nak dapatkan kepastian ngan ust ler…betol tak citer nih?

    -Imam Yaqut Al A`rasy boleh gelaran Al A`rasy tuh pasai die punya azan didengari kat A`rasy…camnaer tuh ust?

    dan 1 lagi,katelah memang citer versi eden nih tersilap kan…macam maner r?patut eden perbetulkan balik ker?nih dah kira eden termasuk dalam group yang suka tambah2 citer lebih2 kat peribadi ULAMA` ker?ni dah termasuk dalam MENCEMAR peribadi seseorang ULAMA` ker?belom tahu sahih ke tak satu2 citer dah gatai2 nak citer kat orang,”ISRAILIYYAT”
    tak tahu ler ust..tetiba jer rase bersalah nih….he3

    ape pon trima kasih luh pasai bulih tumpang bace kat blog nih
    & maap bebanyak ler pasai wat ruangan komen ust nih tempat luahan perasaan lak..ha3
    adios

  6. Salam buat [penasaran]:
    -Ahlan buat penasaran..
    -Cerita Imam Yaqut Al- ‘Arsyi rahimahullah ini berdasarkan maklumat manaqib yang ada di makam beliau serta sedikit maklumat dari sahabat ana, Ustaz Nazrul(pengacara)sendiri..
    -Kalau penasaran perhatikan pada ayat ana, tertulis itu adalah pendapat atau kalam yang lemah..
    itu kelebihan mereka yang hati yg setiap saat dengan Allah Ta’ala. Setiap saat ya bukan kadang-kadang 🙂
    Nabi memiliki mukjizat dan para auliya pula dianugerah karamah iaitu kemuliaan(atau hadiah dalam bahasa mudah kita) dari Allah subhanahu wa ta’ala buat para kekasihNya..Bagaimana azan tersebut, wallahu ‘alam.. 🙂
    -Penasaran punya hati yang cintakan ulamak, tahniah..Tidak perlu bersusah-payah dalam menerangkan kembali..sekadar yang mampu seperti berjumpa sua kembali atau sebagainya..
    -Moga kita sama-sama ambil manfaat dari kelebihan hidup para ulamak..Hidayah Allah tu unik sekali..Boleh tercetus dalam apa jua keadaaan sekalipun kecil peranannya atau remeh pada pandangan manusia..
    wallahu a’lam

  7. alhamdulillah syukur pada ALLAH s.w.t moga kita sama-sama menggambil manfaat daripada kelebihan hidup para ambia……… semoga hidayah ALLAH turun di hati setiap manusia. amin ya rabbal alamin.

  8. Salam buat [alieya]:
    Ahlan wa Sahlan buat ukhti Alieya..Mengambil maanfaat supaya mendapat keberkatan hidup seumpama mereka..
    Ameen ya Rab..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: