kaHerah: menJelajah taMan-taMan sYurga

Pada 4 Rabi’ul Awal 1431 H bersamaan 18 Februari 2010 M merupakan tarikh bagi laman web Islam4Peace mengorak langkah dalam mempelbagaikan pengetahuan dan maklumat tentang agama Islam.

Saya, Nazrul dan salah seorang admin web tersebut iaitu Akhi Azrul saling bekerjasama dalam melancarkan rakaman penjelajahan ke makam-makam para kekasih Allah subhanahu wa ta’ala.

Pengangkutan kami yang dipanggil 'Tramco'. Terima kasih kepada Ammu A'zim(pemandu) yang tidak pernah mengeluh walau sedikit pun.

Semua rakaman tersebut akan disunting oleh Akhi Azrul kemudian akan dimasukkan ke dalam web tersebut untuk tatapan umum tidak lama lagi, insyaAllah.

Untuk pembukaan saya menceritakan serba sedikit manaqib(biodata) para kekasih Allah ta’ala.

1. Syeikh Ahmad Al-Ghumari

Beliau adalah salah seorang ulamak yang pakar dalam bidang Usul Fiqh dan menghafaz banyak hadis baginda Rasullah sallahua’laihi wa sallam.

Makam Syeikh Ahmad Al-Ghumari.

Di penghujung nyawa Syeikh Ahmad Al-Ghumari, beliau jatuh sakit hingga tidak mampu untuk berdiri. Kemudian salah seorang anak murid beliau datang menziarahi beliau sebentar kemudian memohon ingin beredar tetapi ditahan sebanyak tiga kali. Pada kali ketiga, tiba-tiba beliau bingkas berdiri dan menyebut,

“Ahlan Ya Rasullah!(Selamat datang , ya Rasullah!)”

Seketika kemudian beliau rebah kemudian menghembuskan nafas terakhir.

2. Syeikh Ali Khawwas

Beliau merupakan salah seorang wali Allah subhanahu wa ta’ala. Beliau guru kepada Imam Abdul Wahab Sya’rani. Seorang yang tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis.

Makam Syeikh Ali Khawwas.

Syeikh Ali Khawwas seorang yang wara’ sepanjang hidupnya. Ketika beliau terlibat dalam perniagaan minyak, setiap baki minyak pada dinding dan sekitar bekas minyak itu disapu dengan kapas kemudian diberi kepada pelanggan. Bagi beliau sisa minyak itu termasuk dalam urusan jual beli tadi.

3.  Imam Abu Abdullah Jamaluddin Ibn Hisham

Beliau lebih dikenali sebagai Imam Ibn Hisham. Beliau adalah individu yang berlainan dengan pengarang Sejarah Ibn Hisyam yang terkenal dengan ketetapan tentang sejarah baginda Rasullah sallahua’laihi wa sallam.

Pemmandangan dari luar makam Imam Abu Abdullah Jamaluddin Ibn Hisham.

Imam Ibn Hisham seorang yang pakar dalam bidang Nahu(grammar) Bahasa Arab. Seorang ulamak pernah mengungkapkan bahawa Imam Ibn Hisham ini lebih pakar dalam bidang Nahu daripada Imam Sibawih.

Hasil penulisan Imam Ibn Hisham masih diguna pakai dan dikaji hingga kini.

4. Imam Zakaria Al-Ansori

Beliau yang dilahirkan pada tahun 826H dan wafat pada tahun 925H. Umurnya hampir mencecah 100 tahun.

Jika kita menjumpai nama Syeikhul Islam dalam kitab-kitab yang bermazhab Syafie adalah merujuk kepada beliau. Salah seorang murid beliau yang terkenal adalah Imam Khatib As-Syarbini dan Imam Abdul Wahab Sya’rani.

Makam Imam Zakaria Al-Ansori.

Imam Sya’rani pernah bermimpi berada di dalam kapal yang berwarna hijau dan di dalamnya ada Imam Syafi’e dan disebelahnya ada Imam Zakaria Al-Ansori. Lalu Imam Zakaria Al-Ansori menyatakan pada Imam Sya’rani jika benar mimpinya maka beliau akan dimakamkan berdekatan dengan Imam Syafi’e. Ternyata mimpi itu benar!

5. Imam Syafi’e

Makam Imam Syafi'e rahimahullah.

Beliau lahir pada tahun 105 H dan wafat pada tahun 204 H. Beliau merupakan Sohibul Mazhab Syafi’e yang bertebaran di serata dunia termasuk di Malaysia.

Memiliki kecerdasan dan kuat ingatan yang sungguh luar biasa. Beliau jika membaca buku perlu menutup mukasurat sebelah kerana pantasnya beliau mengingat dengan hanya sepintas lalu.

Imam Syafi’e menghafal kitab hadis iaitu kitab Muwato’ karangan Imam Malik hanya dalam 9 hari iaitu sepanjang perjalanan dari Makkah ke Madinah.

Diceritakan bahawa ada seorang ulamak pernah bermimpi berjumpa Rasullah sallahua’laihi wa sallam dan baginda menyatakan bahawa baginda akan berada di makam Imam Syafi’e selepas Asar pada setiap hari Jumaat.

Menikmati kesenian dan keindahan ukiran kubah.

Kubah makam Imam syafi’e dibina oleh isteri kepada Saidina Salahuddin Al-Ayubi.

6. Imam Laith bin Sa’ad

Beliau adalah salah seorang ulamak Mujtahid Mutlak tetapi beliau tidak menyebarkan mazhabnya. Imam Syafie pernah memuji bahawa Imam Laith lebih faqih daripada Imam Malik.

Imam Laith terkenal dengan sifat pemurah. Beliau akan menghidangkan makanan yang sedap-sedap buat para sahabatnya dengan wang sakunya sendiri tetapi makanan kebiasaannya hanyalah roti yang dicicah dengan minyak.

Tertera di kain tersebut 'Makam Al-Imam Al-Faqih Laith bin Sa'ad.

Imam Malik dan Imam Laith sering berutus surat dalam menasihati antara satu sama lain sepertimana yang dinyatakan dalam risalah-risalah surat tersebut yang tahki’ oleh Syeikh Abdul Fatah Abu Ghuddah. Surat-surat tersebut mempunyai gaya bahasa dan akhlak yang tinggi hingga para ulamak menjadikannya sebagai kajian.

7. Syeikh Soleh Al-Ja’fari

Beliau merupakan Ahlul Bait Rasullah sallahua’laihi wa sallam sebelah Saidina Hussin rahimahullah dan mempunyai tareqat yang sanadnya bersambung hingga ke Saidina Hassan rahimahullah.

Syeikh Soleh Ja’fari semasa hidup memegang jawatan Imam Masjid Al-Azhar dan juga graduan Universiti Al-Azhar.

Makam Syeikh Soleh Al-Ja'fari.

Para ulamak menyebut gelaran Al-Ja’fari pada Syeikh Soleh Al-Ja’fari adalah hasil pertemuan dengan Saidina Hussin rahimahullah dalam mimpi. Ketika itu Syeikh Soleh Al-Ja’fari bertanya kepada Saidina Hussin,

“Man ana?(Siapa saya?)’

Kemudian Saidina Hussin rahimahullah menjawab,

“Ja’fari.(Bermaksud cucu kepada Ja’fari)”

Diceritakan Syeikh Soleh Al-Ja’fari berasa tidak senang untuk berada di Mesir dengan keadaan sosial ketika itu dan ingin pulang. Ketika dia melawat makam Saidina Hussin rahimahullah dia menyatakan inilah kali terakhir dia akan menziarah makam Saidina Hussin rahimahullah.

Di saat Syeikh Soleh Al-Ja’fari ingin melangkah keluar dari Masjid Saidina Hussin, beliau berselisih dengan lelaki tua lalu dia berkata,

“Wali Allah tidak akan lari. Wali Allah Ta’ala seumpama individu yang duduk dengan kala jengking tapi tidak disengat dengan kala jengking.”

Syeikh Soleh Al-Ja’fari terkejut lalu bertanya siapakah lelaki tua yang mengetahui isi hatinya. Lelaki tua itu ialah Syeikh Ibrahim guru kepada Syeikh Ahmad Al-Ghumari(yang telah disebut sebelum ini) dan Syeikh Idris Al-Marbawi.

Syeikh Soleh Al-Ja’fari pernah membela seekor kucing  yang dijumpainya di tepi jalan. Pada suatu hari kucing tersebut kelihatan mundar-mandir dihadapan beliau meminta untuk diberi makan. Beliau ketika itu juga dalam kedaan lapar. Lalu beliau berkata,

“Wahai kucing, aku juga belum makan lagi. Bagaimana mahu aku berimu makan.”

Kucing tersebut berlalu pergi kemudian kembali dengan membawa tikus di mulutnya lalu meletakkan di hadapan Syeikh Soleh Al-Ja’fari. Beliau kemudian sedar seolah-olah kucing itu ingin mengatakan bahawa yang memberi makan itu bukanlah manusia tetapi Allah subhanahu wa ta’ala.

Dikenali juga sebagai Sohibul Karamah(Memmpunyai banyak karamah).

8. Saiyyidah Nafisah

Bahagian dalam tempat khalwat ketika Sayyidah Nafisah beribadat.

Beliau adalah keturunan sebelah Saidina Hussin. Seorang a’bidah(ahli ibadat). Mempunyai tempat khalwat(bersendirian) khusus untuk melakukan ibadat kepada Allah.

Keberkatan pada air wudhu’nya yang disapu oleh seorang ibu pada anaknya yang lumpuh kemudian sembuh mampu mengislamkan kedua-duanya, keluarganya dan seluruh perkampungan Yahudi yang didiami oleh keluarga wanita tersebut.

Berkahwin dengan Ishak Al-Muktaman yang juga keterunan Ahlul Bait Rasullah sallahua’laihi wa sallam. Digelar Al-Muktaman kerana peribadinya yang sangat beramanah.

9. Sayyid Yahya Al-Shabih

Beliau digelar As-Shabih kerana mempunyai wajah dan bentuk tubuh seperti baginda Rasullah sallahua’laihi wa sallam.

Beliau keturunan baginda Rasullah sallahua’laihi wa sallam.

Pintu masuk ke makam Sayyid Yahya Ash-Shabih.

10. Sayyidah Fatimah ‘Aina’

Syair yang terdapat di makam Sayyidah Fatimah 'Aina'.

Digelar ‘Aina’ kerana memiliki sepasang mata seperti mata Saidatina Fatimah Az-Zahra’ rahimahallahu ta’ala.

Baki makam-makam yang lain:

11. Imam Zaila’i,

12. Imam Abi Jamrah,

13. Syeikh Shahi Qalwati,

14. Syeikh Kamal Humam,

15. Imam Al-Qasim Tayyib,

16. Imam Waki’ Ash-Shafi’e,

17. Syeikh Umar Ibn Al-Faridh,

18. Ash-Shahid Hassan Al-Banna,

19. Syeikh ‘Atoillah As-Sakandari,

20. Saidina Abu Dzar(Dipercayai makamnya),

21. Sultanul Ulamak Imam ‘Izzudin Abdussalam,

22. Ummu Kalsom(Adik-beradik Fatimah ‘Aina’),

23. Saidina ‘Amru Al-Asr(Dipercayai makamnya),

24. Saidina Abu Dzar Al-Ghifari(Dipercayai makamnya),

25. Nabi Yusuf a’laihi wa sallam(Dipercayai makamnya),

26. Sayyid Al-Wafa’ serta keluarganya di Jabal Muqottam,

27. Saidina ‘Uqbah(Sahabat Nabi Muhammad sallahua’laihi wa sallam),

28. Sayyidah Fatimah Anwar(Ahlul Bait Rasullah sallahua’laihi wa sallam),

29. 5 Auliya’ Allah yang mempunyai nama yang sama iaitu Rabia’tul Adawiyah,

30. Aulad Ya’kob(Dipercayai makam anak-anak Nabi Ya’kob a’laihi wa sallam),

31. Wali Soghir(Digelar Soghir kerana hayatnya hingga berumur 4 tahun sahaja),

32. Imam Baijuri(Pengarang kitab Hasyiah Baijuri yang saya sedang talaqi di Masjid Al-Azhar).

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan sangat dipermudahkan Allah ta’ala. Kebanyakkan makam-makam yang kami lawati dapat masuk hingga ke dalam.

Hampir sahaja kami mahu mendaki bukit yang ditebuk untuk dibuat kediaman kesan peninggalam zaman dahulu.

Bukit yang dimaksudkan.

Yang paling tidak disangka, kami semua dijadikan tetamu oleh satu perkampungan Tareqat Dandarowiyah. Sebuah tempat tareqat dari Yaman yang terletak diantara laluan ke Jabal Muqottam.

Kami dihidangkan daging kambing! Bekal makanan tengahari yang kami bawa diminta simpan oleh pihak Dandaroh kemudian menjadi habuan makan malam kami semua, alhamdulillah.

Hadis Rasullah sallahua’laihi wa sallam:

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال: قال رسول الله صلّى الله عليه و سلّم: إنّ الله تعالى قال: من عادى لي وليّا فقد آذنته بالحرب, وما تقرّب إلىّ عبدي بشىء أحبّ إلي ممّا افترضت عليه, وما يزال عبدى يتقرّب إليّ بالنّوافل حتّى أحبّه, فإذا أحبّته كنت سمعه الّذي يسمع به وبصره الّذي يبصر به, ويده الّتي يبطش بها, ورجله الّتي يمشى بها, وإن سألني لأعطينه ولئن استعاذنى لأعيذنه

‘Daripada Abu Hurairah radhiAllahu a’nhu berkata: “Rasullah sallahua’laihi wa salllam bersabda”: “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala berfirman”: “Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepadaKu dengan melakukan amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan mengerjakan amalan-amalan sunat kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon sesuatu kepadaKu maka Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan kepadaKu maka Aku akan melindunginya”

[Riwayat Bukhari]

Monolog 1: Entri ini merupakan entri terpanjang yang di luar kebiasaan bagi entri-entri sebelum ini.

Monolog 2: InsyaAllah, dalam perancangan dipertengahan bulan ini untuk membuat rakaman bagi penerokaan Masjid Al-Azhar. Moga-moga dipermudahkan urusan oleh Allah ta’ala.

Ahmad Azalee- Kaherah, Mesir.

Advertisements

~ oleh nurislami di Mac 12, 2010.

11 Respons to “kaHerah: menJelajah taMan-taMan sYurga”

  1. salam…bertuahlah bagi sesiapa yang dikurniakan Allah di dalam hatinya perasaan menccintai ulama dan auliya’..kerana sesungguhnya mereka adalah pewaris para nabi..semoga entry kali ini mampu menerbitkan rasa cinta kepada auliyaullah sekaligus menjadi jambatan penghubung dalam membina perasaan cinta kepada Nabi SAW..ulama’ warasatul anbiya’..

  2. ish..gambar cameraman tak masukkan… (gaya sedih)..

    “dandarawi” bukan “danrawi”

  3. Salam buat [mujahidahtabah]:
    Aiwah..mengenal mereka yg sangat lunak hati pada Allah Ta’ala dan Rasullah sallahua’laihi wa sallam moga-moga dapat melembutkan hati kita yang keras dengan dosa dan maksiat..

    Salam buat [Panglima Khalid]:
    Jangan sedih, kita masih ada satu lagi trip meneroka Masjid Al-Azhar 🙂
    Alfu syukran untuk pembetulan nama perkampungan Danrawi kepada Dandarawih..ana sudah betulkan..

  4. syeikh ali khowwas (khassah) kot…ke ghain?

  5. Salam buat [Panglima Khalid]:
    Sebelum ana tulis artikel ni, ana dah semak papan tanda makam di rakaman berkali-kali..ejaan khawwas paling tepat bunyinya..(menang!) 🙂

  6. Salam…
    Beruntung bagi sesiapa yang melawat maqam para auliya’ dan para ulama’. Terasa kerdil. Kehidupan mereka penuh dengan kezuhudan serta kewaraqan dalam diri dan cabang ilmu yang penuh di dada sehingga tiada tara bandingannya.
    P/s: Pernah juga melawat maqam-maqam sekitar Jabal Muqattam. Namun, apakan daya… dalam masa satu hari tiada kesempatan untuk menjalajahi semua. Doakan moga dapat ke sana lagi bagi menulusuri sirah para auliya’…

  7. Salam buat [an-nour]:
    Ya, memang terasa diri sungguh kerdil sekali..Gelaran Lautan Ilmu dikurniakan kepada mereka namun itu membuatkan mereka semakin tunduk dan dekat kepada Allah subhanahu wa ta’ala..
    Jabal Muqottam disebut sebagai ‘Bustanul Jannah'(ladang-ladang syurga), satu tempat yang cukup menenangkan..Sungguh!

  8. apa amalan yg boleh dibuat ketika melawat makan?

  9. *typo makam

  10. good reading.subhanallah..awesome betul dapat ziarah makam para imam n ulama^^

  11. awesome. selamat belajar n teruskan pengembaraan^^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: