kHas kU baWakan unTuk aYah

  

 

1

Ibu jari kaki terasa seperti ditarik orang. Membuahkan perasaan yang sungguh selesa. Makin ditarik makin erat jari-jemari menggenggam selimut.

“Azalee”.

Nama diseru. Sepi.

“Azalee”.

Diseru kali kedua. Tiada jawapan.

“Ahmad Azalee”.

Nama diseru oleh ayah dengan nada tinggi sedikit pada kali ketiga. Tersentak serta bingkas bangun untuk mandi dan bersolat subuh kerana disekitar jam 6.30 pagi bas akan datang ambil untuk menuju ke Sekolah Kebangsaan Kajang(SKK).

 2

Kedudukan pembaringan berubah dari atas katil hingga ke bawah. Suhu pada malam itu terasa panas walau kipas syiling ligat berpusing. Tekak mengadu kehausan.

“Baru pukul 3.30 pagi”.

Hati mengomel kecil. Kaki menyusun langkah menuju dapur, tiba-tiba telinga menangkap suara-suara sayup.

Tenang.

Setiap malam kedengaran suara sayup itu bergema halus. Suara yang tenggelam dalam cahaya suram yang sentiasa memecah sunyi sepi malam membisikan rindu kepadaNya.

Kaki menerus langkah meninggalkan ayah yang sedang melaksanakan qiyamullai. Rutin hariannya.

3

Usai solat subuh berjemaah di surau Maahad Mahmud Alor Star(MMAS), kaki menyarung selipar bergegas pulang ke asrama untuk segera bersiap ke sekolah. Hanya tinggal untuk menyarung pakaian seragam sekolah kerana telah siap mandi sebelum waktu subuh.

Mata terpandang pada sampul surat berwarna putih sambil tangan membetulkan songkok di kepala.

Terkandung di dalamnya warkah biru berisi kata-kata keramat sebagai pemangkin untuk terus bersemangat ketika diri terasa tertekan untuk menguasai matapelajaran berjumlah 22 subjek.

Daripada Ayah.

السلام عليكم

Apa khabar anak ayah di sana? Ayah dan mama berharap anakanda banyak2 bersabar didalam menghadapi dugaan Allah. Allah jadikan ujian itu ada hikmahnya. Ayah yakin setelah anakanda berjaya menghadapi segala masalah dan kesukaran yang sekarang anakanda alami, anak ayah akan menjadi lebeh yakin dan berani dan lebeh lasak. Anak ayah akan bersedia menghadapi segala cabaran dan dugaan yang lebeh hebat lagi.

Memang sudah menjadi adat hidup di dunia ini siapa yang sanggup menghadapi kesusahan dengan tekun dan sabar akan beroleh kejayaan. Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Ingatlah rahmat Allah itu dekat pada orang yang baik dan berbudi pekerti mulia seperti anak ayah.

Ahmad Azalee patut ingat, Ahmad Azalee adalah di antara penuntut2 Tingkatan Satu yang amat bertuah kerana dipilih belajar di Maktab Mahmud daripada 4000 yang memohon hanya 400 sahaja berjaya diterima masuk belajar.

 

[Cebisan dari 3 helain surat yang bertarikh 11 Syawal 1417] 

Ah, membuatkan diri malu saja bila terkenangkan saat itu yang sangat rapuh jiwa akibat berjauhan dari keluarga.

4

Saya menyuakan tangan bersalam dengan Pak Cik Bakar, kawan baik ayah sejak mereka masih belajar di bangku sekolah, di Universiti Malaya dan hingga kini.

Ayah memberitahu Pak Cik Bakar bahawa saya bakal mengambil ujian Pengakap Raja iaitu peringkat tertinggi dalam dunia pengakap. Pak Cik Bakar memberi galakkan kerana dia juga pernah bergiat dalam dunia pengakap. 

Satu-satunya ujian deraan fizikal dan mental dasyat amat pernah saya alami. Perlu menguasai ilmu-ilmu dalam dunia pengakap serta serba sedikit ilmu-ilmu dalam kecemasan dan bomba.

Lapangan perkhemahan dibawah matahari terik tanpa lindungan pokok ditambah keadaan tanah berbatu hinggakan pada hari pertama sahaja kedua-dua tapak tangan pedih melecet. Cangkul menjadi bengkok maka pisau menjadi syarat wajib teman akrab seorang pengakap dijadikan alat untuk mengorek tanah.

Allahu Rabbi, perit!

21 jenis gajet diperbuat daripada buluh perlu disiapkan dalam tempoh 3 hari. Tiada istilah sarapan, makan tengahari atau malam disediakan. Semuanya perlu disediakan sendiri.

Ya, berseorangan selama 4 hari 3 malam.

Kata Pak Cik Bakar,

“Ayah hang ni kami gelar dia ‘Teruna Keramat’.”

Ayah digelar sedemikian kerana sangat menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sejak di zaman muda lagi.

5

“Mama, kenapa ayah tak balik lagi?”

Soal saya kepada mama.

“Ayah hari ni balik lewat, ayah kerja lebih masa sikit hari ni”.

Balas mama bersahaja.

Assistant General Manager, Deposit & e-Banking Section, Consumer Banking Division merupakan jawatan ayah ketika bekerja di ibupejabat Bank Islam, Jalan Sultan Ismail.

Ayah bekerja lebih masa bukan kerana kerja yang bertimbun tetapi ayah bekerja lebih masa kerana ingin menggantikan kembali waktu bekerja setiap kali cuti diambil.

Mama kata ayah tidak mahu ada langsung istilah makan gaji buta walau secebis dalam mencari suapan untuk keluarga walaupun cuti tersebut adalah cuti tahunan yang diberikan oleh pihak Bank Islam.

Ada juga pada hari-hari tertentu ayah akan pulang lewat kerana mengikuti kelas pengajian Bahasa Arab di pusat bahasa di sekitar Kuala Lumpur.

Ayah amat gemarkan belajar. Asalkan masa terluang, buku menjadi teman rapat. Setelah bersara dari pekerjaan di Bank Islam, ayah mengambil kelas pengajian Syariah di Darul Hikmah pula.

6

Hati telah tekad tidak mahu memegang apa-apa jawatan dalam apa jua persatuan apabila menjejakkan kaki ke bumi Mesir.

Di Tahun Dua pengajian, saya diminta untuk memegang jawatan sebagai Exco Dakwah dalam persatuan baru kebajikan anak-anak Selangor di Mesir iaitu Badan Anak Selangor(BAS).

BAS menjadi  persatuan penuh kontroversi di waktu itu setelah Badan Kebajikan Anak Selangor(BKASM) yang telah lama menapak di hati para mahasiswa Selangor sejak tahun 1965 serta mempunyai hubungan yang amat baik dengan kerajaan Selangor terpaksa diambil keputusan untuk dibekukan setelah berlaku fitnah dan campur tangan pegawai baru. Kemaafan telah diberi tetapi kesan parut dari luka atas apa yang telah berlaku tidak akan dipadam mudah dari ingatan kami.

“Apabila bergelar mahasiswa, diri bukan lagi milik diri sendiri. Ia secara automatik telah menjadi hak milik masyarakat”.

Kata ayah apabila saya meminta pandangannya ketika masih dalam pertimbangan untuk menerima atau menolak jawatan tersebut. Akhirnya jawatan tersebut saya terima atas rasa tanggungjawab dan kini BKASM telah menapak kembali. Alhamdulillah.   

Hari ini 8 Disember 2009 bersamaan 21 Zulhijjah 1430 merupakan tarikh lahir seorang insan yang kami panggil dengan panggilan AYAH. Insan yang memenuhi ruang hati kami sentiasa.

“Tidak

perlu ku menjajah seluruh dunia.

Tidak

perlu ku menyelam lautan dalam.

Tidak

perlu ku mendaki gunung tinggi.

Tidak

perlu ku meredah hutan tebal. 

 Tidak

perlu ku mengembara jauh untuk mencari individu untuk ku contohi untuk menjadi insan dan seorang bapa

kerana

ayah sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup kami.

 

selaMat haRi laHir,

Ayah”.

اللهم اغفرلى ذنوبي ولوالديّ وارحم هما كما ربيانى صغيرا 

‘Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosa dan juga dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara mendidikku di masa kecil’

 

Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.

 

Advertisements

~ oleh nurislami di Disember 8, 2009.

10 Respons to “kHas kU baWakan unTuk aYah”

  1. salam kelahiran buat ayah ustaz, moga dipanjangkan umur untuk terus beribadat kepadaNYA,dimurahkan+dilapangkan+dihalalkn rezeki, diberkati dan dirahmati keseluruhan kehidupannya didunia dan akhirat..sesungguhnya ayahlah insan yang wajib dihormati selepas ibu didalam hidup kita.jasanya mencari rezeki bt membesarkan kita, mendidik dengan nilai2 murni tiada tandingannya dalam hidup kita..moga dilimpahi rahmat kehidupan ayah ust..he’s so lucky 2 have u as his son..Allah Yubarik fihi..=)

  2. Salam kelahiran buat ayahanda ustaz. Semoga dipanjangkan umur dalam kebajikan dan ketaatan… (“,) Baca coretan ustaz buat ana teringatkan ayahanda yang terpaksa berpisah beberapa hari lantaran desakan kerja.

  3. Assalamualaikum Ayah…SeLaMat Menyambut hari ulang Tahun kelahiran Ayah..Semoga Ayah dan Mama dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipertingkatkan keimanan..Semoga Ayah dan Mama diberikan segala kebahagiaan dan kebaikan yang ada di dunia dan di akhirat..Semoga Ayah dan Mama sentiasa dilimpahti rahmat dan sentiasa dilindungi oleh Allah…Terima Kasih di atas segala didikan, kebahagiaan, keselesaan hidup, pendidikan agama dan akademik yang baik, pengorbanan, keredhaan dan kemaafan yang tak terhingga dari ayah buat kami adik beradik…You are the Best Father in the world! ^_^

  4. salam.
    selalu singgah tapi xselalu tinggalkan comment.
    selamat hari lahir, encik Abu Bakar. Perkara yg paling buat saya tertarik pada uncle bab mengganti cuti. saya tak pernah terfikirkan tentang ini.

    subhanallah, tahun depan saya akan automatically jadi guru. entah macamana saya nak menggantikan kerja2 saya nnti. murid cuti, guru pun cuti 🙂

    uncle, selamat menyambut hari jadi dengan jiwa yg lebih gagah!

  5. Salam…
    Ayah, Idola bagi setiap keluarga. Hero keluarga. Pelbagai gelaran mampu diberikan kepada ayah. Kewajipan seorang anak untuk mengenang jasa yang ditaburkan. Tanpa ayah, tiadalah kita di dunia ini bagi menyambung zuriat keluarga.
    Selamat Hari Lahir buat ayah ustaz. Moga diberi keberkatan dalam hidup, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat serta diberikan kesihatan untuk terus beribadat padaNya…

  6. salam buat [mujahidahtabah]:
    syukran awi..Allah yubarik fiik bardu..

    salam buat [insyirah]:
    ana selalu bertamu di blog ukht, ukht digelar anak Abi kan..
    biar org gelar anak Abi atau anak mak, pada pandangan saya, tidaklah bermakna org yang digelar sedemikian adalah anak manja yang tidak tahu hidup susah tetapi berjayanya ibubapa dalam menididik anak-anak kerana berjaya membuatkan hati anak-anak mereka attached to them..be honored with that..Alhamdulillah..

    Salam Anifah(adik):
    Baru balik dari posting hospital ye..Acik doakan dipermudahkan semuanya hal dunia dan akhirat..selamat menempuh sebagai pelajar tahun akhir perubatan dengan tabah ya 🙂

    salam buat [u know me]:
    I do know you..sykuran kathira..

    salam buat [an-nour]:
    Peranan Ayah sebagai pemimpin dalam keluarga dalam mempamerkan contoh untuk anak-anak dalam keluarga..doakan kami semua dan sidang pembaca seluruhnya sentiasa thabat dalam jalan redha Allah subhanahu wa ta’ala..syukran atas ucapan..

  7. should be honored 🙂 somebody is touched by my bad words hence i felt awkward coming here to drop by a comment again.. me sorry. i am not underestimate u, yet sometimes i can be too opinionated with my own strong feeling. anyhow, that is just a perception, where it may changed due to time, events and the way of how i think. maybe i should do more metacognition- thinking of what i am thinking. i am sorry..

  8. salam buat [u know me]:
    nothing personal and you don’t have to feel that way..
    anybody and everybody have their own thought and opinion to express..
    generally people think like you did and indeed, my statement is not mean to be defensived..
    nowadays, children hardly to make themselves to accompany their parents like what they did to us when we are little..because of what? too many answers..

  9. My relatives all the time say that I am killing my time here at net, but I know
    I am getting know-how all the time by reading thes good articles
    or reviews.

  10. I’m so tempted to get this pattern as a result of everyone is
    raving about it. I have already got a fave maxi skirt that I drafted six years in the past but this is likely to be a great addition.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: