Sungguh gelap dan dingin suasana di luar rumah. Kaki melangkah keluar disekitar jam 3.30 pagi. Badan tertunduk-tunduk manakala mata pula sedang tercari-cari sesuatu. Sesuatu yang amat diperlukan untuk menjadikan apa yang di cita tercapai.
Hati dibalut gelisah. Tidak terlintas difikiran khuatir ditegur makhluk berjisim metafizik tetapi resah disergah makhluk berjisim nyata kerana disalah sangka perompak rumah dalam keadaan pagi-pagi begitu.
Tiba-tiba satu batang pokok bergerak-gerak. Terasa tajam mencucuk jari. Kelihatan sebatang tangan di celah-celah pokok sedang memegang sesuatu. Akhirnya tercapai jua matlamat untuk mendapatkan dua biji buah limau kasturi tergantung di pokok di belakang rumah. Rupa buah limau kasturi yang sangat pelik tapi tidak diendahkannya. Entah berapa kali jari terpegang duri yang disangkanya buah limau kasturi di dalam keadaan samar-samar. Sakit!
Buah limau kasturi penting untuk digunakan memasak hidangan Daging Masak Kasturi yang telah dimaju kelazatannya oleh anakanda sendiri. Hindangan tersebut perlu kerana untuk melengkapkan menu Nasi Goreng Perahu Pecah yang disertai dengan kehadiran sedikit timun dan telur goreng dimasak cincang.
Nasi Goreng Perahu Pecah nama diberi. Sengaja anakanda namakan sedemikian kerana didalam hidangan tersebut diharmonikan dengan lauk dari darat iaitu telur dan daging serta dari laut iaitu ikan bilis yang ditumbuk halus sebagai perencah nasi goreng dan udang. Hidangan ini tidak sedikit pun dimasukkan perencah segera yang dijual di pasaraya. Semuanya segar lagi homemade.
Anakanda sediakan hidangan tersebut buat ayahanda dan bonda sebagai santapan sahur di hari pertama untuk berpuasa sunat di bulan Zulhijjah 1430 Hijrah.
Sabda Rasullah sallahua’laihiwasallam:
ما من أيام العمل الصالح فيهن أحب إلى الله من هذه الأيام العشر قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله فلم يرجع من ذلك بشيء
‘Dan tiadalah hari yang beramal soleh padanya paling dicintai Allah melainkan sepuluh hari pertama Zulhijjah ini. Sahabat bertanya: “Tidak juga jihad fi sabililllah?” Jawab Baginda: “Ya, tidak juga jihad fi sablillah kecuali mereka yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawanya kembali walau sedikit”.
[Riwayat Al-Bukhari]
Tapi ada satu kepelikkan pada rasa masakan anakanda iaitu pada Daging Masak Kasturi. Jadi anakanda ajukan permasalahan tersebut kepada bonda yang sedang menyediakan santapan untuk berbuka iaitu Mee Bandung.
Oleh kerana kekanda Angah pernah menyatakan keinginan pada adinda di kala kita chatting di Yahoo Masengger pada Mee Bandung bonda baru-baru ini maka adinda memuatkan sekeping gambar untuk mendera hati kekanda hingga meronta-ronta.
Bonda pun menjawab dengan sedikit tergelak kecil:
“Kalau nak tau, yang diambil malam tadi bukan buah limau kasturi, itu buah limau purut. Pokok buah limau kasturi sebelahnya”.
Terpinga anakanda mendengarnya. Patut la rasa masam semacam kuahnya. Sudah nama lelaki yang memasak, mesti ada yang tidak kena!
Ayahanda pun turut sama ketawakan anakanda. Tapi ayahanda dan bonda menjamah selera hingga tidak perasan. Mungkin itu kerana pertama kali anakanda buat atau sedap barangkali!
Keinginan untuk menyediakan hidangan sahur tersebut kerana sudah masuk malam kedua saya tidak berasa untuk tidur awal. Helaian demi helaian ringan jari ini menari menyelak lembaran sebuah buku yang mempunyai 398 mukasurat bertajuk ‘Gerakan Freemasonry, Orientalisme & Kristianisasi’. Sebuah buku yang mendapat ulasan yang baik dari Mantan Imam Besar Masjid Negara iaitu Ustaz Taib Azamudden Md Taib.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala:
ولن ترضى عنك اليهود ولا النّصارى حتّى تتّبع ملّتهم قل إنّ هدى الله هوالهدى ولئن اتّبعت أهوآءهم بعد الّذى جآءك من العلم مالك من الله من ولىّ ولا نصير
‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk(yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu’
[Surah Al-Baqarah: 120]
Sabda Rasullah sallahua’laihiwasallam dalam hadis baginda tentang peristiwa akhir zaman:
عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم لتتّبعنّ سنن الّذين من قبلكم شبرا بشبر وذراعا بذراع حتّى لو دخلوا فى حجر ضبّ لاتّبعتموهم, قلنا: يا رسول الله اليهود والنّصارى, قال: فمن؟
‘Daripada Abu Sa’d Al-Khudri radhiallahua’nhu berkata: Bahawasanya Rasullah sallahua’laihiwasallam bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka masuk ke lubang biawak- tempat atau kearah yang keji lagi kotor- pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?” Nabi sallahua’laihiwasallam menjawab: “Siapa lagi bukan mereka”.
[Riwayat Muslim]
Tergerak untuk membaca kembali buku tersebut kerana rasa terkejut pada penemuan rahsia dan perancangan puak Yahudi Illuminati di blog Abang Syaa’ri(mesti klik: http://rijal82.blogspot.com/2009/11/2012-janjikan-propaganda-tersirat.html).
Pernah bersua dengan pemilik blog yang merupakan senior disekitar tahun 2004 semasa kami merangka untuk melaksanakan program tamrin buat adik-adik junior Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS).
Tersentak sebentar apabila membelek satu mukasurat pada bahagian menyatakan Martabat Freemasonry yang pertama iaitu Simbolik Umum ia boleh dianggotai oleh semua bangsa Non-Yahudi(Goyim). Mereka harus melalui beberapa peringkat sebelum ke peringkat seterusnya.
-
Peringkat pertama - Ahli biasa yang diberi gelaran Friend(Saudara).
-
Peringkat kedua - Pekerja.
-
Peringkat ketiga - Guru/Master.
Kalimah ‘Guru/Master’ disebut beberapa kali dalam sebuah filem penuh kontroversi iaitu The Da Vinci Code. Samada disengajakan atau kebetulan perlu diteliti maksud tersirat.
Sebuah lagi filem yang menarik untuk ditonton yang mana saya menontonnya sebanyak dua kali ketika dalam penerbangan pulang bercuti ke Malaysia baru-baru ini. Sekali ketika penerbangan Cairo to Dubai dan dihadam sekali lagi ketika penerbangan Dubai to Singapore yang berjudul ‘Angels&Demons’.
Masih juga disekitar konflik dalaman agama Kristian tetapi kali ini lebih kepada situasi di Vatican City. Kedua-dua filem tersebut diadaptasi daripada novel karangan penulis Dan Brown.
Menurut buku itu lagi, Gerakan Freemasonry ditubuh dan dirancang oleh Yahudi berdasarkan kitab Talmud untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katholik khususnya. Kemudian dialih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama dengan menyebarkan fahaman Komunisme dan Sekularisme selepas kejatuhan agama Kristian pada zaman revolusi Eropah pada kurun ke-17 Masihi. Ingin mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman.
Saya bukanlah orang yang ahli dalam membahaskan perkara ini. Saya hanyalah mahasiswa dari Kuliah Syariah dan Undang-undang Jabatan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar.
Itu tidak bermakna saya punya alasan untuk tidak cakna dalam memerhati dan mengambil berat perubahan corak pergerakkan suasana dunia serta perancangan rapi mereka yang punya agenda tersembunyi.
Memetik kata-kata Sun Tzu yang merupakan pakar seni peperangan di era Dinasti Tang yang mana kisahnya pernah saya tonton di Astro History Chanel:
“Do not repeat the tactics which have gained
you one victorybut
let your methods be regulated
by the infinite variety of circumstances”.
Teknik dan disiplin seni peperangan Sun Tzu menjadi pilihan Vietnam ketika menentang Amerika suatu ketika dahulu dan dalam beberapa peperangan kotemporari yang lain. Mungkin itu juga yang sedang digunakan oleh puak Freemasonry berdasarkan buku tersebut yang sudah memasuki utuh semua lapangan politik, ekonomi dan sosial seluruh dunia.
Sekumtum doa haruman harapan ku adukan pada Rabbi:
ربّنا أفرغ علينا صبرا وثبّت أقدامنا وانصرنا على القوم الكافرين وتوفّنا مسلمين
“Wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah kesabaran ke atas kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami di atas menghadapi kaum-kaum kafir dan matikanlah kami di dalam agama Islam”
Ahmad Azalee- Kajang, Selangor.





















Komen terbaru